in

“Lu bukan level gua” – Lelaki Ini Dikecam Ramai Lepas Rakam Video Rumah Kayu Wanita Yang Menyukainya

F1 Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berasal daripada keluarga yang kaya atau berada tidak memberi anda tiket untuk menghina atau mengutuk orang susah. Bagi min, tak ada beza pun kaya atau miskin, yang penting, kita kena baik hati dengan semua orang. 



Namun, seorang lelaki di Tiktok ini pula telah mengutuk gadis yang dikatakan menyukainya hanya sebab gadis itu bukanlah orang kaya seperti dirinya, lapor BeritaHits.Id. Difahamkan, lelaki tersebut telah memuat naik video rakaman sebuah rumah kayu yang dipercayai rumah gadis terbabit di platform media sosial itu baru-baru ini.

Man 2

Video tersebut yang berasal dari Indonesia itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen negara terbabit. Dalam video itu, dapat dilihat yang pemuda berkenaan merakam video rumah itu sebab katanya dia kebetulan lalu di kawasan itu.

Dia juga mengatakan dalam video itu bahawa gadis itu tidak setanding dengan dirinya sebab dia sering menaiki kapal terbang dan pakaiannya juga mahal-mahal. Pemuda ini juga meminta maaf sebab gadis itu bukan levelnya.

Man 3

Rata-rata netizen Indonesia telah mengecam tindakan lelaki itu memuat naik video yang dilihat seperti menghina orang yang tidak sekaya dirinya. Ada yang kata tak ada masalahnya kalau miskin pun, yang penting tak sombong.

Selain itu, ada juga yang mengingatkan lelaki itu bahawa harta dan rezeki yang kita ada ini adalah untuk dikongsi sesama manusia, bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

Apa pendapat korang tentang perkara ini? Cuma kita kena ingat, hidup ni bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang kita di bawah. 

Sumber: BeritaHits.Id

Baca: “Lepastu gelak tengok budak tu nangis’- [VIDEO] Lelaki Suruh Budak Kecil Tengah Mengemis Makan Cili Padi Kalau Nak Duit

Man 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.