in

“Sampai masuk penjara” – 6 Pekerja Kilang Didakwa Di Mahkamah Sebab Palsukan MC

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari dulu lagi memang banyak juga kes orang tipu sijil cuti sakit kan? Tapi jarang pula dengar kes macam ni sampai naik mahkamah, selalunya settle secara dalaman je.

Tapi semalam, enam operator kilang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas dituduh memalsukan sijil cuti sakit pada Oktober 2020 hingga Februari 2021.


Antara enam dari mereka ini, hanya tiga sahaja yang mengaku bersalah iaitu Mohamad Hafizi Zainuddin, Muhamad Zulhakimi Masdi dan Muhammad Amir Md Ishak manakala tiga lagi Nur Farah Amira Alisham, Nurul Izzah Abdul Razak dan Marsya Fatini Mohd Rani memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan dua majistret, lapor Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, keenam-enam didakwa dengan curang menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit yang mana dokumen tersebut adalah palsu.

Lima dari tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan manakala Marsya Fatini didakwa dengan dua pertuduhan.

Palsu 1617009663

Ketika prosiding, Mahkamah Majistret 1, Mohd Zaki telah menjatuhkan hukuman denda RM2,700 dan penjara lima hari bermula tarikh tangkapan ke atas Mohamad Hafizi dan Muhammad Amir manakala Nurul Izzah pula dibenarkan untuk diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Di Mahkamah Majistret 2 pula, Sri Pracha telah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 dan penjara lima hari bermula semalam ke atas Muhamad Zulhakimi dan membenarkan Nur Farah Amira dan Marsya Fatini diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Untuk pengetahuan korang, kes ini bermula bila seorang doktor mengesyaki enam individu yang bekerja di EMS M Engineering Medical System Sdn Bhd ni telah memperdayakan majikan mereka dengan memberikan sijil cuti sakit menggunakan cop dan tandatangan miliknya yang disyaki palsu.

Sedangkan, doktor tersebut memang pernah bekerja di bahagian pesakit luar Hospital Bukit Mertajam tapi telah tamat kontrak pada tahun 2017. Ha sudahhh

 

Baca: Lelaki Baling Sofa & Tong Gas Dari Tingkat 5 Lepas Geram Cuti Tak Diluluskan Bos

Screenshot 2021 03 30 At 12.24.19 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.