in

“Sampai macam ni jaga customer” – [VIDEO] Mamak ‘Effort’ Payungkan Pelanggan Dari Kereta Guna Payung Kedai Waktu Hujan Lebat

Cc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restoran Mamak sememangnya menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada waktu malam kalau ada game bola.


Tidak dinafikan dengan servis yang pantas dan kepelbagaian makanan yang disediakan membuatkan ramai orang memilih untuk ke restoran mamak.

Tetapi kali ini servis tip top yang ditunjukkan oleh seorang pekerja restoran mamak apabila sanggup mengangkat payung kedai untuk bawa pelanggan dari kereta ke dalam restoran.

Kejadian yang berlaku di Adda Heights, Johor Bharu ini telah dirakam oleh seorang pengguna Twitter, @redzuyunus dan video tersebut tular sehingga mendapat lebih 11 ribu retweet.

Dalam video yang berdurasi sembilan saat itu, dapat dilihat kesungguhan pekerja restoran mamak itu memayungkan pelanggannya dari kereta semasa hujan lebat.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pekerja mamak itu dan ada dalam kalangan mereka yang turut berkongsi persamaan kejadian tersebut dengan sebuah babak dalam drama korea ‘Was It Love’.

C 1 C1 1

 

Baca: [Video] Lawak! Akibat Terkejut Disergah, Ayam Hambat Anjing Keliling Sangkar

C4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.