in

“Sampai kiamat aku takkan maafkan” – Abang Kesal Adik Dipukul Hingga Biru Betis, Kerana Dituduh Buka Pekung Member

Untitled Collage 29 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes buli membuli sesama pelajar ni rasanya takkan pernah selesai.


Baru-baru ni pun dah dua tiga kes pelajar pukul kawan sekelas kita dengar melalui berita dan media sosial, tak tahulah apa nak jadi dengan sahsiah pelajar zaman sekarang.

Dan seorang pengguna Twitter @AyieFathi meluahkan kekesalannya kepada umum apabila adiknya turut menerima nasib serupa akibat dipukul senior.

Pukul 1

D Uv8Anu0Aa9Cpg

Pukul 5

Sampai biru betis dikerjakan? Tergamak betul siapa yang buat!

Dalam perkongsiannya itu, dia memaklumkan adiknya dipukul kerana dikatakan membuka pekung rakan satu batch yang mencuri — selain mangsa juga, turut dituduh mencuri.

Apapun, perkara ini telah mendapat perhatian pihak sekolah dan keluarganya sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian sewajarnya.

Pukul 2

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya turut mengecam tindakan si pelaku — selain dia juga sempat memuatnaik screenshot perbualan bersama pembuli tersebut.

Pukul 6 1

Nampak gaya macam perbualan budak sekolah je kan? Tak tahulah apa nak cakap, tapi bawak-bawaklah hentikan budaya pukul memukul dalam kalangan pelajar sekolah ni.

Ia tak membawa sebarang kebaikan pun dan hanya akan memburukkan keadaan lebih-lebih lagi kalau dah membabitkan campur tangan pihak berkuasa.

Tak ke buat naya kat masa depan sendiri je tu?

 

Baca: “Jangan lari sangat dik, Perlis bukan besar sangat” – Netizen Cari 3 Budak Lelaki, Buli & Curi Telefon Bapa Mangsa Masa Dalam Masjid

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.