in

“Sambil drive tu otak letak tepi kot?” – Kajian Buktikan Pemilik Kereta Mewah Lebih Cenderung Jadi Pemandu Teruk!

Driver Teruk

Beli kereta mahal tapi tak ada signal!”

Kereta je mahal tapi otak takde.”

Antara kata-kata yang kita pernah dengar paling tidak pun sekali dalam hidup kita, betul tak? Well, dekat Malaysia ni memang tak dinafikan boleh tahan ramai pemandu yang teruk.

Dah banyak kemalangan berlaku disebabkan sikap-sikap pemandu kereta itu sendiri contohnya tak bagi signal, pentingkan diri, ikut laluan kecemasan, jenis yang ‘gelabah’ dan tak chill pun ada and macam-macam lagilah.

Kereta4
sumber: facebook

Tapi most of the time, pemandu kereta mewah mesti akan kena bila hal-hal membabitkan pemanduan di jalan raya. Tau tak sebenarnya, memang isu ni dah terbukti secara saintifik?!

Menurut WOB, Profesor psikologi sosial di University of Helsinki’s Swedish of Social Science, Jan-Erik Lönnqvist telah mendedahkan kepada umum hasil kajian tentang Journal of International Psychology.

Kalau korang nak tahu, kajian itu telah membuktikan pemilik dan pemandu kereta-kereta mewah di dunia mempunyai perangai yang teruk!

Kereta3
sumber: facebook

Kajian ini secara dasarnya membuktikan bahawa kekayaan dapat merosakkan minda seseorang dengan tingkah laku tidak beretika termasuklah ketika memandu.

Mereka juga berkata ciri-ciri watak orang sebegitu yang lebih memilih kereta mewah melambangkan sikap menunjuk-nunjuk dan mereka akan menggunakan objek atau barangan mahal untuk menampakkan kekayaan itu.

Selain itu, kajian Jan-Erik ini juga selaras dengan kajian sebelumnya yang mengesahkan pemilik kereta mewah lebih cenderung untuk melanggar peraturan jalan raya. Sekaligus, ia membuatkan pemandu kereta mewah lebih cenderung untuk menipu di jalan simpang empat yang sibuk serta tidak bertoleransi dengan pejalan kaki.

Kereta6

Kereta5
sumber: facebook

Meskipun begitu ada juga lelaki dan wanita yang memandu kereta mewah dengan berhemah, manakala kaitan antara sikap tidak beretika dan kereta mewah hanya dijumpai pada lelaki.

Baca: “Mereka ni selfish & bodoh” – Kajian Buktikan Kadar Kematian Meningkat Disebabkan Orang Pandu Perlahan, Ini Sebabnya

Study Slow Drivers Are Dangerous Causing More Road Death Accidents Than Ever Before World Of Buzz 2