Gabenor Kalimantan Tengah, Agustiar Sabran, mencuri perhatian ramai selepas mengeluarkan kenyataan berseloroh mengenai perceraian dan perkahwinan semula ketika ditanya mengenai langkah menangani krisis kebakaran hutan dan tanah (karhutla) di wilayah berkenaan.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Agustiar pada mulanya menjelaskan bahawa bencana kebakaran hutan dan tanah sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan manusia.
Artikel berkaitan: Jerebu Makin Membimbangkan: PMX Hubungi Presiden Indonesia, TUDM Tingkatkan Pembenihan Awan
Artikel berkaitan: “Buka mata lebar-lebar!” – Kalimantan Masih Dibelenggu Jerebu & Kebakaran Hutan, Penduduk Terpaksa Hidup Dalam Asap
@om_danang Bapak Gubernur Kalteng H. Agustiar Sabran menyampaikan statment terkait Karhutla di Kalteng dan rencana Pelaksanaan Porprov Kalteng 2026 pada awal November. Hal tersebut disampaikan usai memimpin Apel Peringatan HUT Kobar ke 67 tahun 2026 pada Selasa, 6 Oktober 2026. #pangkalanbun #karhutla #kalteng ♬ suara asli – Bocah Pangkalan Bun
“Kebakaran hutan dan tanah sememangnya membawa kesan. Hampir 97 peratus kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia,” jelasnya.
Bagaimanapun, suasana bertukar santai apabila beliau secara berseloroh mengubah ungkapan popular mengenai kepentingan perpaduan kepada ungkapan berunsur rumah tangga ketika menerangkan pendekatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Cara mengatasinya adalah dengan melawan. Kerana bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi,” katanya.
Menurut laporan Tribun Manado, kenyataan luar jangka itu segera mencetuskan tumpuan warganet kerana menggunakan ungkapan santai dan berunsur rumah tangga ketika membincangkan isu serius yang mengancam alam sekitar serta keselamatan penduduk.
Rakaman tersebut turut mengundang pelbagai reaksi di media sosial, di mana sebahagian pengguna mempersoalkan maksud kenyataan itu, manakala yang lain mengambilnya sebagai gurauan spontan pemimpin berkenaan.
Kenyataan tular itu timbul ketika Kalimantan Tengah terus berdepan krisis kebakaran hutan dan tanah yang semakin meluas akibat keadaan cuaca kering yang berterusan.
Berdasarkan data Pos Komando Penanganan Darurat Kebakaran Hutan dan Tanah Kalimantan Tengah setakat 7 Oktober lalu, sebanyak 5,848 kejadian kebakaran direkodkan dengan keluasan kawasan yang terjejas melebihi 17,000 hektar.
Sejumlah 13,699 anggota daripada pelbagai agensi telah dikerahkan secara agresif bagi melaksanakan operasi pencegahan dan pemadaman di lapangan.
Sumber: Sinar Harian
