in

Terlibat Kes D*dah, Pelakon Gerak Khas 2.0 Mohon Maaf Kepada Datuk Yusof Haslam

Ft Tisha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berdepan kontroversi susulan kes dadah yang masih berjalan di mahkamah, pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamshir tampil memohon maaf kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata dia sedar perkara yang berlaku sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap nama baik Yusof Haslam selaku majikannya.


Artikel berkaitan : Pelakon Drama Kepolisan Terkenal, Tisha Shamsir Mengaku Tidak Bersalah Ambil 3 Jenis D*dah

Artikel berkaitan : Pernah Dipenjarakan 2 Kali, Pelakon Ditangkap Lagi Kerana D*dah

Minta jangan cepat menghukum

Malah, pelakon dan penyanyi itu turut memohon maaf kepada ahli keluarganya selain mengakui dirinya sedang berdepan ujian yang berat.

“Saya ingin memohon maaf kerana saya sedar perkara ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam. Saya juga ingin meminta maaf kepada keluarga saya. Saya doakan yang terbaik sahaja.”

“Apa pun, ujian daripada Allah itu memang hebat, memang berat. Saya terima dengan hati terbuka dan harap saya kuatlah,” katanya selepas sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Screenshot 2026 10 08 132446

Bagaimanapun, Tisha enggan mengulas lanjut mengenai prosiding kes berkenaan dan hanya meminta ruang untuk menjalani kehidupannya seperti biasa.

“Saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan. Maaf, saya minta maaf. Saya cuma nak menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, kita semua manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau kekhilafan. Saya minta netizen di luar sana janganlah terlalu cepat untuk menghukum seseorang,” katanya.

Dalam pada itu, Tisha mengakui perkara itu sememangnya sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan karier profesionalnya.

Tisha tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.10 pagi  diiringi tiga pengawal peribadi. Menurut laporan Kosmo!, mahkamah menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tisha 2

Untuk rekod, Tisha ditahan bersama beberapa individu lain di sebuah bilik VIP di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada 7 Julai lalu. Hasil ujian yang dijalankan mendapati pelakon drama bersiri Gerak Khas 2.0 itu positif dadah jenis methamphetamine.

Serbuan menerusi Op Noda berkenaan dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama IPD Dang Wangi kira-kira pukul 3.15 pagi.

Tisha mengaku tidak bersalah ketika prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainna Maryam Norazman ketika itu mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Bagaimanapun, peguam bela Tisha, Nik Azhar Nik Adib memohon jumlah jaminan yang lebih rendah. Mahkamah kemudian membenarkan Tisha diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan semula kes.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.