Mulai 4 Ogos 2021, rakyat di Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pastinya boleh menarik nafas lega selepas negeri mereka sudah beralih ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut Astro AWANI, menerusi fasa 3 ini, semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti berisiko tinggi yang disenaraikan dalam senarai negatif seperti pub dan kelab.
“Salam dine-in dari Perlis”
Namun yang buat ramai teruja ialah aktiviti makan di restoran dengan terhad kepada dua orang satu meja kini telah dibenarkan dan rata-rata rakyat di Perlis berkongsi foto mereka di restoran.
Menerusi satu posting di Twitter, seorang netizen berkongsi foto dirinya selaku warga Perlis yang akhirnya dapat ‘dine-in’ di restoran selepas negeri tersebut beralih ke Fasa 3 PPN.
Salam dine-in dari Perlis. pic.twitter.com/MJY64eXXPk
— izzi beraya (@IzzraifHarz) August 4, 2021
Menurut pengguna Twitter ini, meskipun sebelum ini ada yang memerli kononnya negeri Perlis kecil dan tiada apa-apa yang menarik di sana, dia sangat bersyukur kerana di saat-saat ini perkara seperti ‘dine-in’ pun dianggap satu ‘nikmat’ yang tak ternilai harganya.
“Selamat menjamu selera bang… ikhlas dari penduduk Selangor”
Tweet tersebut mengundang pelbagai komen dari netizen yang rata-rata cemburu malah ada juga yang bersedih kerana negeri mereka masih di Fasa 1 atau 2 PPN. Bertabahlah ye semua…
Semoga negeri-negeri lain juga pulih dari wabak COVID 19 tidak lama lagi dan kita beralih ke Fasa 3. Rindunya nak makan kat mamak kan?
Baca: “Train To Perlis” – Catat 0 Kes Harian, Netizen Dah ‘Ready’ Nak Pindah Ke Perlis