‘Sakit tapi sedap’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



‘Sakit tapi sedap’

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Bila tengah sakit-sakit badan ni, memang sedap kalau dapat urutan atau regangan daripada tukang urut yang profesional. Lega habislah lenguh-lenguh kat sendi dan bahu tu semua. Baru boleh buat kerja dengan lebih selesa.

Tukang urut profesional tolong regangkan sendi pramugari

Tapi video yang baru-baru ni tular kat Facebook telah menimbulkan perdebatan antara netizen lepas dua orang pramugari dirakam sedang buat rawatan regangan sendi dan saraf dengan seorang tukang urut profesional, Master Chris Leong. Chris yang memang terkenal dalam rawatan bone setting dilihat telah merengangkan bahagian tengkuk, telinga dan tangan kedua-dua pramugari tu dengan cara yang sangat profesional. Fuh! Pramugari tu siap komen sakit tapi sedap tuuu…

‘Haram tetap haram’

Memanglah urutan yang dibuat Chris tu nampak sedap, tapi cara Chris mengurut yang dilihat agak ‘keterlaluan’ dengan memeluk dan menyentuh bahagian aurat kedua-dua wanita tu dah dapat kecaman teruk daripada netizen yang rata-rata beragama Islam.

Sumber: Facebook

 

‘Tahap pemikiran orang Melayu masih di kelas ketiga’

Walau bagaimanapun, tak semua netizen berfikiran sama dan menuduh kebanyakan orang Melayu ‘otak kuning’ sebab fikir benda yang negatif memanjang. Walhal niat Chris mungkin baik dan hanya nak tolong pulihkan lenguh-lenguh badan pramugari yang seharian bekerja atas pesawat. Ish, ish suka sangat komen lucah korang ni kan??

Sumber: Facebook

 

‘Tak salah tapi ada batasnya’

Dalam pada tu, segelintir netizen jugak menegaskan rawatan macam ni tak salah dilakukan antara lelaki dan perempuan, namun setiap perkara yang dilakukan mestilah ada batas-batasnya mengikut cara Islam. Kalau dah darurat tu mungkin tak apalah kan. Tapi kalau ada cara lain yang boleh dielakkan daripada lelaki dan perempuan bersentuhan, trylah elakkan.

Sumber: Facebook

Tak cukup dengan tu, ada jugak netizen syorkan untuk pergi ke pusat rawatan yang dijalankan oleh orang wanita kalau ada perempuan yang terasa nak mengurut badan. Haa ada pilihan kan? Janganlah kecam-kecam gaiss!

Sumber: Facebook

Apa-apapun haruslah diingatkan dalam Islam, kita sebagai wanita mestilah pandai menjaga aurat dan batas antara lelaki dan perempuan. Tak salah nak mengurut but at least mengurutlah dengan tukang urut perempuan. Bila dah tersebar dalam video macam ni, ramai lah pakcik dan makcik bawang otak kuning yang nak mengata kan?

Dan bagi mereka yang dah pergi mengurut tu, tak payahlah korang nak kecam-kecam. Cukup sekadar beri peringatan je…

Admin pun nak pergi ngurut lah weekend ni. Jom gais!

Baca: Wanita New Zealand Tegur Pakaian Seksi Pramugari Penerbangan Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!