in

Wanita New Zealand Tegur Pakaian Seksi Pramugari Penerbangan Malaysia

40A0207555C63A7E3E7C5Eb8Ccaa1A7F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu isu pakaian seragam pramugari atau kru kabin syarikat penerbangan di Malaysia pernah ditegur Senator Datuk Hanafi Mamat kerana terlalu seksi dan menjolok mata. Kini, sekali lagi isu ini menjadi panas kerana telah mendapat teguran daripada pelancong asing sendiri yang benci melihat uniform pramugari sebuah syarikat penerbangan negara.


Menurut Utusan Online, Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat telah menerima sepucuk surat daripada seorang wanita warganegara New Zealand yang meluahkan rasa ‘jijik’ terhadap uniform pramugari salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia. 

Di dalam surat tersebut, Dr. June Robertson menulis bahawa dia merasa kesal melihat skirt yang dipakai pramugari penerbangan yang dinaikinya itu terlalu pendek dan menyatakan beberapa pengalaman tidak selesanya ketika berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.

Image 1 1
sumber: utusan online
Nz
sumber: utusan online

“Kami sayangkan negara anda. Saya berhenti di KL ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah dan tinggal di Hotel Sama Sama di KLIA. Saya merasa sangat terhina melihat skirt yang terlalu pendek dipakai wanita-wanita ini (pramugari Malaysia). (Kabin kru) The European Airlines; NZ; Australia atau American Airlines tidak memakai skirt pendek seperti ini. Saya sendiri merasa ia sangat jijik kerana tidak semua orang menyukai hal ini.

“Salah seorang wanita dari **** menunduk di pusat membeli belah di KLIA 2 dan saya ternampak seluar dalamnya, teruk betul!!

“Di dalam penerbangan **** dari Auckland ke KL pada Oktober 2017 lalu, wanita yang melayan kami di bahagian kelas bisnes premium memakai blaus dengan bahagian atasnya terbuka dan saya dapat melihat bahagian payudaranya. Saya meminta dia menutup jaketnya kerana dia sedang menunduk ke arah kami,” tulis Dr. Robertson.

188
gambar hiasan

Tambah Dr. Robertson lagi, dia juga pelik mengapa negara yang dihormati seperti Malaysia membiarkan kabin kru syarikat penerbangan ini memakai pakaian seperti itu. Malah salah satu perkara yang membuatkan dia suka untuk datang ke Malaysia ialah kerana wanita di negara ini tidak memakai pakaian seperti seorang pelacur dan mereka sangat menghormati antara satu sama lain. Ouch!

“Syarikat penerbangan ini telah membuatkan reputasi negara jatuh dan kalau anda melawat ke KLIA 2, ada banyak wanita yang memakai uniform merah berjalan ke sana sini dengan skirt yang pendek. Ia memberikan pandangan buruk terhadap Malaysia,” kata Dr. Robertson lagi.

Walau bagaimanapun, di akhir suratnya beliau memuji pemakaian uniform pramugara syarikat penerbangan Malaysia yang kelihatan penuh hormat dan sangat profesional.

St M
gambar hiasan

Datuk Hanafi menerangkan bahawa surat yang ditulis Dr. Robertson adalah sebagai respon kepada gesaannya sebelum ini di Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari yang terlibat.

“Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi,” jelasnya.

Pada 12 Disember tahun lalu, Datuk Hanafi mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan di Malaysia.

Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat. Dalam pada itu, dia juga menyifatkan langkah tersebut langsung tidak merugikan sesebuah syarikat penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

“Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan tersebut dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat pun tidak memakai skirt yang sesingkat itu.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan,” tambahnya lagi.

Virgin Australiacabin Crew
gambar hiasan

Anda rasa bagaimana? Ada betul juga kan apa yang diluahkan wanita dari New Zealand tu. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan isu seperti ini. 

Baca: “Kita bangga Malaysia negara Islam, tapi pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan” – Senator

Pramugari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.