in

“Sakit otak” – Gadis Instafamous Dibunuh Teman Lelaki Sebelum Gambarnya Di Upload Ke Instagram

Collage 30

Makin banyak benda yang kita expose kan pada dunia luar, makin tinggi risiko untuk selamat. Sebab tu kot zaman sekarang ni jenayah yang berlaku jadi makin melampau.

Macam apa yang berlaku di New York ni, seorang lelaki telah membunuh gadis Instafamous yang dikatakan teman wanitanya sebelum kongsi gambar mayat yang dah dikerat-kerat ke Instagram.

Menurut MetroUK, Brandon Clark, 21, telah dituduh membunuh Bianca Davis, 17 tahun di rumah remaja ini di Utica, New York pada Ahad lepas.

Screenshot 2019 07 16 At 3.14.19 Pm
Sumber: instagram

Bianca merupakan Instagrammer popular yang mempunyai lebih dari 90,000 pengikut di dua profil Instagram yang dimilikinya.

Selepas Brandon membunuh Bianca, lelaki ini kemudiannya telah kongsikan gambar-gambar mayat Bianca di Instagram dengan kapsyen “I’m sorry Bianca.” 

Pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat dalam gambar-gambar tersebut adalah Bianca.

Difahamkan, pada hari kejadian, polis telah tiba di rumah Bianca dan menemui Brandon sedang cuba membunuh dirinya di sebelah kereta SUV.

Brandon Clark 1

Brandon kemudian memberitahu pihak polis yang dia telah membunuh teman wanitanya dan mahu mencederakan diri sendiri menggunakan pisau.

Namun pihak polis dapat memujuk Brandon sebelum dia di bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan ditahan.

Tak berapa jauh daripada tempat Brandon berdiri, polis menemui mayat Bianca.

“Kakak terbaik”

Lin Devins, adik kepada Bianca telah mengesahkan kematian kakaknya dengan memuatnaik satu posting menyentuh hati di Instagram.

Beberapa peminat Bianca mengatakan yang Brandon bukan teman lelaki Bianca. Tapi lelaki tersebut merupakan peminat yang obses dengan Bianca dan tindakannya membunuh remaja ini kerana ‘cintanya ditolak’.

Apa pun alasan dia, memang tak patutlah sampai nak membunuh kan?

 

Baca: Lelaki Dituduh Bunuh Kekasih Rupa-rupanya Teman Wanita Mati Tertelan Pencungkil Gigi

Screenshot 2019 07 16 At 3.22.36 Pm