in

Lelaki Dituduh Bunuh Kekasih Rupa-rupanya Teman Wanita Mati Tertelan Pencungkil Gigi

Fjb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, suspek utama dalam sesuatu pembunuhan selalunya adalah orang terdekat dengan si mati. Sebab tu, kalau ada pembunuhan, pasangan mangsa mesti kena soal siasat dulu.


Sama macam kes ni, bila seorang lelaki dituduh membunuh teman wanitanya kerana lelaki ini ada di rumah semasa wanita ini dijumpai tidak bernyawa dan berlumuran darah di tandas.

Menurut Mirror, pada hari kejadian, pasangan ini sedang menonton TV sebelum wanita tersebut pergi ke tandas.

Namun teman lelaki wanita ini pelik bila wanita itu tak datang semula ke ruang tamu. Lelaki ini pergi ke tandas untuk periksa keadaan teman wanitanya. Malangnya, apa yang lelaki ini temui hanyalah sekujur tubuh teman wanitanya terbaring di atas lantai dan baju tidur wanita ini berlumuran darah akibat dari luka di kepalanya.

Images
Gambar hiasan

Kerana wanita ini ditemui dalam keadaan berlumuran darah, tanpa berfikir panjang beberapa ahli keluarga wanita itu menuduh teman lelakinya yang membunuh wanita itu.

Rupa-rupanya, semasa bedah siasat, ahli patologi menemui pencungkil gigi dipenuhi dengan nanah dan dua luka tusukan di dinding tekak wanita malang ini.

Kj

Pasukan bedah siasat menyimpulkan, bengkak pada leher wanita ini telah menyebabkan sarafnya terganggu dan membuatkan jantung wanita ini terhenti.

Apabila wanita ini terjatuh, kepalanya terhantuk pada lantai dan cermin mata wanita ini buatkan kecederaannya bertambah parah.

Kalau korang nak tahu, wanita ini boleh diselamatkan kerana lima hari sebelum kematiannya, mangsa telah berjumpa doktor dan mengadu tentang rasa tak selesa pada tekaknya selepas dia makan roti dengan salami.

0 Man Branded A Murderer After Girlfriend Is Found In Pool Of Blood Until Docs Discover A Toothpick

Tapi doktor di Portugal mengatakan yang wanita ini tak apa-apa hanya sakit tekak saja. Kerana wanita ini mempunyai sejarah masalah mental, doktor andaikan yang ia hanya imaginasi wanita ini.

Ahli patologi yang menjalankan bedah siasat atas mayat wanita tersebut, Dr César Lares do Santos mengingatkan pengamal perubatan untuk sentiasa memberi tumpuan pada senario yang jarang berlaku dan elakkan diagnos yang melibatkan masalah psikiatri.

 

Baca: Bayi Baru Lahir Ini Meninggal Dunia Sebab Nenek Bagi Makan Makanan ‘Solid’ Screenshot 2019 04 05 At 5.55.53 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.