Sahabat sejati ni sukar dicari dan tiada galang ganti. Tak payah ramai-ramai pun, cukup seorang je dah boleh beri kesan dalam hidup kita betul tak?
Setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya seorang sahabat yang sentiasa bersama tak kira waktu susah ataupun senang. Selalunya sahabat macam ni dah macam keluarga dan akan ada sentiasa sampai ke hari tua nanti.
Seperti satu perkongsian di laman TikTok ini, rakaman video dua orang lelaki yang dilihat melayan baik sahabat mereka telah berjaya buat ramai terharu.
https://www.tiktok.com/@umarzuhdi._/video/7076799992656186651?_t=8QpBWckr9n7&_r=1
Video yang dikongsikan oleh saudara Umar Zuhdi ini telah menunjukkan satu situasi amat mengharukan di mana dua orang pemuda telah dirakam sedang membantu sahabat mereka yang dipercayai seorang individu kelainan upaya (penglihatan).
Menurut Umar, video itu telah dirakam ketika dia terjumpa tiga orang sahabat ini semasa pergi ke Lata Bayu, Baling, Kedah untuk mandi-manda. Dilihat seorang daripada mereka sedang memimpin sahabat yang kelainan upaya itu, manakala seorang lagi tolong membawa barangan mereka.
Tindakan mereka melayan baik sahabat itu telah berjaya membuat banyak air mata yang tumpah walaupun videonya itu hanya berdurasi 24 saat sahaja.
Pun begitu, ramai juga yang memuji dan mendoakan persahabatan mereka bertiga itu.
Min pun rasa macam pedih-pedih je mata sampai berair masa tengok video ni.
Baca: “Sahabat dunia akhirat”- [VIDEO] Pelajar Melawat Sahabat Di Rumah Baru Lepas Last Paper SPM