Seperti yang semua tahu, para pelajar masih lagi berada dalam musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini yang dikatakan bakal tamat sepenuhnya pada 29 Mac depan.
Pasti para pelajar semua sedang bertungkus-lumus sama ada membuat persiapan akhir atau sudah pun ‘berperang’ dengan kertas peperiksaan bagi matapelajaran yang sudahpun berlangsung.
Tak lupa juga, inilah saat-saat terakhir mereka sebelum meninggalkan alam persekolahan. Waktu ini lah yang tersisa untuk para pelajar mengumpul memori bersama para guru dan sahabat sebelum melangkah ke alam dewasa.
Namun, satu perkongsian melalui laman TikTok ini telah membuat ramai sebak melihat ukhuwah persahabatan sekumpulan pelajar ini.
@aswadzkr04 walaupun dia tak sempat last paper takpe ada kawan ii yang sambung perjuangan dia❤️ #fyp #spm2021 #lastpaper #sahabat #fy
Melihat perkongsian daripada saudara Aswad ini, siapa sangka indahnya bersahabat seperti ini. Walaupun sudah terpisah oleh ajal, namun persahabatan mereka masih lagi utuh sehingga terlihat ramai yang hadir melawat pusara yang digelar sebagai ‘rumah’ baru salah seorang daripada sahabat mereka sebaik sahaja habis menjawab peperiksaan.
Perkongsian berdurasi hanya 11 saat ini telah pun mendapat perhatian seramai 1.8 juta penonton TikTok. Ramai juga yang menzahirkan rasa sebak dan simpati di samping memuji persahabatan mereka serta mendoakan arwah.
Menurut penjelasan Aswad di ruangan komen, arwah sahabatnya ini difahamkan meninggal dunia selepas lama bertarung dengan penyakit Tibi dan hanya sempat menjawab peperiksaan SPM sehingga matapelajaran Matematik sahaja.
Semoga kita semua dikurniakan persahabatan seperti mereka…
Baca: “Sahabat sejati”- [VIDEO] Netizen Puji Budak Sekolah Bantu Kawan Angkut Beg Berat Turun Tangga