in

“Sahabat sejati”- [VIDEO] Netizen Puji Budak Sekolah Bantu Kawan Angkut Beg Berat Turun Tangga

Pagex 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, nilai persahabatan ni kalau dijaga baik, sampai ke besar ia akan berkekalan. Korang ingat lagi tak siapa kawan baik korang masa sekolah rendah dulu?



Baru-baru ini, tular di laman Tiktok video seorang kanak-kanak membantu rakannya membawa beg sekolah beroda yang berat sambil turun dari tangga sekolah.

Melalui video berdurasi 26 saat itu, budak berbaju merah itu membawa beg sekolah rakannya yang berat dengan satu tangan, walaupun dia sendiri dilihat membawa dua beg yang mengandungi barangnya sendiri.

@wanie811

Trima kasih rayyan tlg anak auntie hari2 angkat beg🥺🥺🥺semoga Allah permudahkan urusan Rayyan semoga Rayyan berjya dunia akhirat Aamiin

♬ original sound – 𝒶𝒻𝓆𝓈𝒽𝓏 – 𝓪𝓯𝓲𝓺𝓼𝓱𝓪𝔃𝔀𝓪𝓷⚓

 

Sebelum ini mungkin kita pernah dengar cerita berkenaan murid sekolah perlu membawa beg sekolah yang berat dan terpaksa turun naik tangga membawa beg tersebut. Malah ramai juga yang meminta agar pelajar darjah rendah ditempatkan di kelas-kelas di tingkat bawah.

Video tersebut dirakam oleh pengguna bernama Syazwani, yang juga ibu kepada kanak-kanak yang dibantu oleh adik Rayyan itu. Dalam tempoh sehari video ini dimuat naik, ia telah pun menerima lebih 22 ribu jumlah like di Tiktok.

Semangat setia kawan yang ditunjukkan Rayyan dapat menambat hati netizen yang turut terharu melihat tindakan tersebut. Mesti dia dari rumah dah diajar dengan baik, kan?

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu yang terpaksa membawa beg berat untuk turun dari tangga sekolah.

A Vert

Korang pulak macam mana? Masih in touch lagi tak dengan kawan sekolah rendah korang?

Baca: “Isu dah bertahun” – [VIDEO] Murid Sekolah Nyaris Tersungkur Kendong Beg Berat Naik Tangga, Netizen Minta ‘Solution’

Capturea 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.