in

“Sah tapi berdosa” – UAI Jawab Pasangan Nikah Di Thailand Tapi Tak Direstui Ibu Bapa

Nikah Thailand Uai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lantaran heboh isu anak selebriti yang didakwa telah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang di Thailand, tular sebuah klip video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai hukum pernikahan di sana.


Menurut UAI, pernikahan dibuat di Thailand itu sah, namun mengikut undang-undang di Malaysia, perkahwinan tersebut disarankan untuk didaftarkan semula di sini.

Artikel berkaitan: “Hati seorang ayah terguris” – Kecoh Isu Pasal Anak, Netizen Tinggalkan Komen Sokongan Di IG Norman Hakim

Artikel berkaitan: “Tiada kos tersembunyi” – Individu Promosi Pakej Nikah Di Thailand, Siap Bawa Ronda-ronda Lagi

@sewakedaimydin

Adakah Sah Nikah Di Thailand Sedangkan Wali Masih Hidup Di Malaysia Kerana Takut Wali Tidak Setuju #pemilikhatiberbicara #tanya #tanyajawab #ilmu #ilmuagama #soaljawabagama #marimengaji #jomtalaqqi #maritalaqqi #ilmufeqah #murobbiberbicara #ulamafeqah #alquran #hadis #ijmak #qiyas #gurumurshid #ceramah #tausiahagama #ceramahislam #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahsingkat #ilmubermanfaat #duniaislam #akhirat #dakwah #islam #dakwah_islam #islamic_video #tokfeqah #ustaz #uai #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus

♬ original sound – 𝕄𝕐𝔻𝕀ℕ 𝕆𝕗𝕗𝕚𝕔𝕖 – 𝕄𝕐𝔻𝕀ℕ 𝕆𝕗𝕗𝕚𝕔𝕖

“Saya tak boleh beri keputusan tentang perkahwinan di luar Malaysia kerana ada yang sah, ada yang tidak sah.

“Sebab itulah pasangan yang berlari nikah di Thailand kena daftar semula di Malaysia.

“Mahkamah akan periksa wali hakim… siapa yang menjadi saksi dan bagaimana ijab kabul dijalankan.

“Sebab itu bila pulang ke Malaysia ada mahkamah putuskan pernikahan tu sah dan yang tidak sah. Mahkamah yang tentukan,” jelasnya.

Namun, kebanyakan pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand kerana tidak mendapat restu daripada ibu bapa dan mahu menghalalkan hubungan.

Mengulas lanjut, UAI memaklumkan tindakan ‘kahwin lari’ boleh menjadi dosa besar kerana melukakan hati ibu bapa masing-masing.

“Bagi pasangan yang telah diputuskan sah ia tetap berdosa kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar pada ibu bapa mereka.

“Mereka menyakitkan hati ibu bapa mereka, mengaibkan dan membuat mereka sedih. Haram dan dosa besar,” katanya.

Dalam pada itu, UAI menitipkan nasihat untuk mereka yang bakal berkahwin mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.