Kartun paling popular di Malaysia iaitu Upin & Ipin memang dah lama menjadi animasi kesayangan ramai tak kira tua atau muda.
Namun, min yakin masih ada ramai yang belum tahu cara sebutan nama syarikat penerbitannya, Les’ Copaque dengan betul kan? Ada yang sebut les kopak dan ada juga yang sebut las kopek. Macam-macam cara ada.

Namun, baru-baru ini, pengasas Les’ Copaque Production iaitu Haji Burhanuddin telah kongsikan cara yang betul untuk sebut nama syarikat kesayangan ramai ini menerusi TikTok rasmi mereka.
https://www.tiktok.com/@lescopaque.official/video/7106414512621849883?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6990941360786753025
Dalam video yang berdurasi 15 saat itu, beliau mendedahkan bahawa sebutan yang betul ialah ‘Le Kopak’ di mana huruf S dalam nama Les Copaque itu tak berbunyi kerana mereka menggunakan ejaan yang mirip dengan cara orang Perancis untuk memudahkan mereka menembusi pasaran global pada awal penubuhan syarikat itu.
Difahamkan juga, nama Les’ Copaque itu pula berasal daripada perkataan Last-Kopek yang bermaksud peluang akhir untuk menang.
Pada 2020, syarikat itu pernah mendedahkan maksud di sebalik nama mereka di Twitter.
Nama Les' Copaque berasal dari perkataan "Last-Kopek" yang bermaksud peluang terakhir di mana semua usaha diletakkan sepenuhnya dengan impian untuk berjaya. pic.twitter.com/wAo2tgDDD5
— Les' Copaque (@lescopaque) June 29, 2020
Korang pun mesti perasan kan ada katak di atas tempurung pada logo mereka. Ha, ini pula kisah di sebalik pemilihan haiwan itu sebagai logo mereka.
Maksud katak di atas tempurung pula adalah berlawanan dengan peribahasa "Bagai katak di bawah tempurung".
Ianya menggambarkan pemikiran di luar kotak, tidak takut dengan cabaran dan sentiasa dan berusaha untuk berjaya. Begitulah asal usulkan simbol katak pada logo Les' Copaque pic.twitter.com/tg2lHBfu43
— Les' Copaque (@lescopaque) July 16, 2020
Unik kan kisah di sebalik nama Les’ Copaque ni? Ha, lepas ni jangan salah sebut lagi tau.
Sumber: Twitter @lescopaque, TikTok @lescopaque.official
Baca: Viral Video Kubur Upin & Ipin Didakwa Hanya Imaginasi Opah, Pengarah Les’ Copaque Bagi Respon

