in

“Let’s move on” – Isu Podcast Pasal Pekerja, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque

Isu Podcast Respon Les Copaque 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh baru-baru ini mengenai video podcast syarikat pengeluar kartun animasi Upin dan Ipin, Les’ Copaque yang membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan pekerja serta bekas pekerja mereka.


Namun, video tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Kebanyakannya meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat terbabit dan tidak menyangka dengan perkara itu memandangkan mereka adalah syarikat yang terkenal.

Melihat respon negatif ini, pengasas dan penerbit Les’ Copaque, Hj Burhan Radzi telah memberi respon mengenai isu tersebut.

“Let’s move on”

Menerusi hantarannya di Facebook, beliau mendapati kebanyakan komen tersebut adalah kritikan negatif terhadap kejayaan syarikatnya. Justeru, beliau meminta orang ramai untuk move on dari isu ini.

Screenshot 2023 06 02 120424

Beliau juga memberitahu bahawa lebih dari 200 orang pekerjanya sedang sibuk sehingga akhir tahun ini dengan beberapa projek baharu yang bakal diumumkan oleh Les’ Copaque dalam masa terdekat. Beliau turut memaklumkan sedia menerima bakal pekerja baru.

Dalam pada itu, Hj Burhan juga mempelawa orang ramai yang mahu mengetahui kisah kejayaannya membina legasi bersama Les’ Copaque, boleh membeli bukunya yang berjudul When Atok Ranggi Is Talking.

Baca: Buat Podcast ‘Membawang’ Pekerja Sendiri, Syarikat Animasi Tempatan Terkenal Dikecam Netizen?
Buat Podcast Membawang Pekerja Sendiri

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.