in

Rupanya Watak Phunsukh Wangdu Lakonan Aamir Khan Dalam 3 Idiots Merupakan Kisah Jatuh Bangun Seorang Jurutera India

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut filem 3 Idiot, pasti ramai antara kita mengakui pernah menonton filem tersebut.

Filem yang sarat dengan mesej bermakna, mengisahkan perjalanan hidup 3 sahabat di sebuah kolej kejuruteraan terkenal di India, mengisahkan tentang keluarga, masalah sosial sebelum mereka berjaya, sehingga mampu mengalirkan air mata kepada mereka yang menontonnya.


Pasti korang ingat watak Ranchoddas atau nama sebenarnya Phunsukh Wangdu yang dilakonkan Aamir Khan, individu ‘biasa’ yang mempunyai pemikiran dan personaliti luar biasa sehingga berjaya membuatkan penonton sentiasa berdebar dan berteka-teki siapakah ‘Phunsukh Wangdu’ sebenarnya.

 

Phunsukh Wangdu rupanya jurutera ‘in real life’

Untuk pengetahuan korang, watak Phunsukh Wangdu ini sebenarnya inspirasi daripada seorang jurutera bernama Sonam Wangchuk.

3 Idiots Aamir 759

Diceritakan dia hanya mendapat pendidikan ketika berusia 9 tahun disebabkan tiada sekolah di kawasan tempat tinggalnya,

Namun disebabkan kesungguhannya, dia berjaya menyambung pengajian sehingga ke Perancis dan akhirnya menjadi jurutera.

Korang perasan tak dalam filem 3 Idiots tu, Phunsukh Wangdu digambarkan memiliki sebuah institusi pendidikan yang melahirkan ramai saintis.

346 Ind Secmolschoolbuilding1 1

Di dunia nyata pun rupanya Sonam Wangchuk mengasaskan sekolah yang diberi nama Student Educational and Cultural Movement (SECMOL) yang didaftarkan pada tahun 1998.

Bagaimanapun untuk pengetahuan, Sonam tidak pun teruja wataknya dijadikan sebagai inspirsi kerana baginya masyarakat harus sedar akan realiti sebenar di dunia nyata.

 

Sumber : illuminasi

 

Baca : Tasik Pangong: Tasik Indah Yang Tercemar Kerana Babak Akhir Filem 3 Idiots

Tsik

Sumber: blog
Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.