in

Tasik Pangong: Tasik Indah Yang Tercemar Kerana Babak Akhir Filem 3 Idiots

Untitled 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem 3 Idiots yang dibintangi oleh Aamir Khan dan Kareena Kapoor mula ditayangkan pada tahun 2009. Filem ini berjaya membuat kutipan sebanyak US$90 juta, menjadikan filem ini memegang rekod filem Bollywood dengan kutipan yang terbanyak dalam sejarah.


Filem 3 Idiots mengisahkan persahabatan di antara Rancho (Aamir Khan), Farhan (R. Madhavan) dan Raju (Sharman Joshi) yang mengambil jurusan kejuruteraan di kolej. Semasa zaman belajar, mereka bertiga sering mendatangkan masalah kepada pensyarah, namun masih berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

3 Idiots

3 Idiots Movie Still 2

Namun, Rancho secara tiba-tiba menghilangkan diri selepas majlis graduasi tanpa meninggalkan sebarang mesej kepada sahabat baiknya. Selepas beberapa tahun, Farhan, Raju dan Pia mula mencari Rancho dan akhirnya mereka semua bertemu semula di Tasik Pangong, Ladakh.

Siapa masih ingat babak Pia menaiki skuter lalu menampar Rancho di pipi?

74D0B744E7E1112770B6290Fd6225993

Babak akhir yang mempopularkan Ladakh

Pada babak akhir filem 3 Idiots, mereka semua bertemu di sebuah tasik yang indah pemandangannya. Tasik Pangong di Ladakh ini menjadi saksi pertemuan Rancho, Raju, Farhan dan Pia. Tidak dilupakan juga Chatur yang memainkan peranan penting dalam pencarian Rancho. Tanpa kereta Chatur, mungkin Rancho tidak dapat ditemui.

1471272679 Ed90B5D15B6B17334835C61Ceda5Fcda 4

Meskipun penamat filem ini sempurna di mata penonton, ada kesan buruk yang terjadi ekoran babak akhir 3 Idiots. Menurut rekod, seramai 400,000 pelancong India yang melawat Ladakh pada tahun 2008. Satu bilangan yang agak besar untuk kawasan yang menempatkan 200,000 orang penduduk.

S3

S7

Bagaimanapun, pada tahun 2011 bilangan pelancong bertambah menjadi 1,200,000 orang dan semakin meningkat pada saban tahun. Semuanya disebabkan filem 3 Idiots yang secara tidak langsung mempromosikan kawasan itu.

Malah, beberapa kafe dan gerai di situ dilapor menggunakan nama karakter dalam filem 3 Idiots untuk menarik minat pelancong yang hadir.

Kafe 3 Idiots

S6

20 lori sampah pada setiap hari

Apabila sesebuah kawasan menjadi tumpuan pelancong, pasti akan berlaku sedikit pencemaran. Itulah yang terjadi kepada Tasik Pangong, Ladakh.

Meskipun ekonomi Ladakh meningkat dan banyak perniagaan yang maju ekoran filem tersebut, Ladakh menjadi semakin kotor selepas banyak sampah sarap yang terbiar dan tidak diuruskan dengan baik. 

Bilangan hotel dan gerai yang dibina di sekitar Tasik Pangong pula boleh diibaratkan persis cendawan tumbuh selepas hujan. 

S4

S5

Sebelum filem 3 Idiots ditayangkan, Ladakh hanya memerlukan 8 lori sampah untuk membuang semua sisa dan sampah yang dibuang. Namun, kini sekurang-kurang 20 lori sampah diperlukan dan kadang-kala bilangannya lebih daripada itu. Hotel dan pelancong adalah sumber utama kepada peningkatan jumlah sampah sarap ini.

Sekiranya situasi ini berterusan pada masa akan datang, mungkin pihak berkuasa di Ladakh terpaksa mengetatkan undang-undang demi mengurangkan pencemaran ini.

Pencemaran Sampah Di Ladakh

Tasik Pangong, Ladakh ini adalah contoh yang terbaik buat kita semua. Tanpa pengurusan yang cekap, sesebuah kawasan boleh musnah meskipun pada awalnya ia sangat indah dan cantik.

 

Sumber: BuzzFeed, Scroll

 

BACA7 Filem Lakonan Ma Dong-Seok Yang Anda Wajib Tonton, Semua Best!

Untitled 1 2

Sumber: Pinterest
Sumber: Scroll
Sumber: Scroll
Sumber: BuzzFeed
Sumber: Scroll
Sumber: Scroll
Sumber: Scroll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.