Sebut saja nama Ismail Maembong, mungkin ramai yang dah tahu beliau yang juga pelukis hebat ini merupakan bapa kepada pelakon terkenal, Emma Maembong.
Pada tahun 2015, bapa Emma yang juga Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Namun tahukah korang rupanya tulisan atau teks di bawah lukisan Sejarah Melayu ini sebenarnya hasil tangan dari Emma Maembong? Wahhh biar betul!
“Pengunjung tidak pedulikan dia yg tekun menulis kerana dia belum dikenali…”
Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Ismail Maembong di Facebook yang mengatakan anaknya pada ketika itu masih belum dikenali sebelum Emma melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2012.
Ramai terkejut dan kurang percaya bila ayoh beritahu yg tulisan text Sejarah Melayu (SM) di lukisan terpanjang dunia itu adalah tulisan Emma.
“Ayoh diberi ruang ini oleh Kementerian pd 2005 untuk berkarya. Dalam foto ini Emma sedang menulis teks SM pada lukisan terpanjang dunia di pertengahan 2012.
“Pengunjung tidak pedulikan dia yang tekun menulis kerana dia belum dikenali, belum ceburi bidang lakon. Dia masuk bidang lakon akhir 2012 beberapa bulan lepas kerjanya disini selasai dan ayoh ‘bebaskan’ dia,” tulis Ismail Maembong.
Posting tersebut telah mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang mana sangat teruja melihat hasil tulisan tangan Emma. Memang dia berbakat lah! Cantik pulak tu.
Patutlah Emma siap lukis corak tudung dia jual tu. Hebatlah!
Baca: “Sakit tapi tak boleh kata apa2” – Sultan Selangor Beli Seni Lukisan Bawa Maksud ‘Makan Dalam’?