in

“Rupa-rupanya diambil daripada kisah…” – Maksud Sebenar Disebalik Puitis Indah Lirik Lagu Hati Kama

Hatikama 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, sudah masuk 2 dekad dah usia lagu irama Melayu nyanyian Noraniza Idris & Dato’ Seri Siti Nurhaliz, Hati Kama ni.


Biarpun dah 20 tahun berlalu, lagu cipataan Allayarham Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah  dan Hairul Anuar Harun ni, boleh dikatakan masih lagi evergreen di hati pendengar-pendengar, lebih-lebih lagi Sitizoners.

Lirik lagu puitis yang menggunakan bahasa-bahasa klasik bersertakan rentak yang catchy ini, pastinya membuatkan kita teringat zaman-zaman kegemilangan lagu-lagu Irama Malaysia ni. Lebih indah lagi bila kita tahu kisah disebalik lagu ni.

 

Kisah kedatangan tiga putera raja Melayu ke Bukit Siguntang Mahameru di Palembang.

Patutlah arwah Pak Ngah decide ambil 2 ‘srikandi’ Melayu ni. Rupanya ia selaras dengan mood lagu ni. Ia melambangkan dua orang wanita Palembang yang bernama Wan Empuk dan Wan Malini berpadi huma ternampak seorang jejaka tampan.

Daripada penjelasan Shamsul Amin ni, lagu Hati Kama (Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) rupa-rupanya diambil daripada kisah kedatangan tiga putera raja Melayu ke Bukit Siguntang Mahameru di Palembang, tempat di mana dua wanita, Wan Empuk dan Wan Malini berpadi huma.

Wow, menarik! Kalau nak tahu selanjutnya baca perkongsian daripada Aiman ni, dia rungkai setiap maksud disebalik lirik-lirik lagu ini.

 

Kisah 2 wanita yang menaruh hati seorang jejaka

Hatikama

“Hati Kama sebenarnya menceritakan kisah 2 wanita yang menaruh hati kepada seorang jejaka yang sangat hebat dan tampan. Kalau ikut dari baris awal lirik,”

“Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya”

“Mereka berdua sedang menampi padi.Dan tiba tiba si jejaka yang tampan itu melalui kawasan itu. 2 wanita itu pun memandang-memandang dan asyik merenung sambil berbisik2 tentang keperibadian hebat sang jejaka dan ..”

 

Gerangan jejaka itu dari mana asalnya dan siapa dia.

“Mendengar suara lela lebur, bertentangan mata panah arjuna. Terbayang senyuman bunga gugur, siapa gerangan bagaikan betara Adakah dia hamba sahaya, atau pun bijak mentafsir mimpi”.

“Mendengar suara lela lebur tu perumpamaan betapa sedapnya suara jejaka itu sampai segala pergerakan, gerak geri tangan, kaki semua terkesima dan tak bergerak. Lela bermaksud gerak geri/tingkah laku. Betara adalah gelaran untuk dewa dewa.”

“Bayangkan betapa tampan dan hebatnya jejaka itu sampai disama tarafkan dengan dewa-dewa. . Bijak mentafsir mimpi membawa pengertian kepada ahli nujum yang sering dipandang hebat dan tinggi seperti bangsawan, golongan terhormat.”

“Dan kerana ketampanan dan keperibadian yang hebat itulah, dua wanita itu saling merayu agar cinta mereka dibalas,”

 

Kecantikan akhlak dan ketampanannya

“Tawanlah jiwaku, bebaskan sayap juwita”. – Maksudnya, tawanlah jiwa mereka dan bebaskan/lepaskan rasa keinginan mereka untuk dicintai dan disayangi.

Juwita membawa maksud nyawa, hati, kekasih.

“Bukan gahara bukan gahara , atau pesona atau pesona, insan biasa insan biasa” – membawa pengertian mereka jatuh cinta bukanlah kerana dijampi atau disihir cinta lelaki itu.

Pesona dalam bahasa Melayu bermaksud dijampi, disihir, digoda, mantera. Gahara pula bermaksud keturunan raja/ anak raja yang tulen lahir dari seorang permaisuri.

Bererti lelaki itu bukanlah anak raja/keturunan diraja sebaliknya hanya insan biasa tetapi mampu membuat mereka jatuh cinta kerana kecantikan akhlak dan ketampannannya

Di dalam bahasa Sanskrit, kama bermaksud cinta, asmara, dewa cinta. Nampak tak betapa puitis, indah dan penuh susila cerita yang disampaikan dalam lagu ni? Hebat!

Wahh! Indah betul bait-bait lirik lagu ni, bahasa tinggi dan ada kisah ‘romantik’ disebaliknya tapi di sampaikan dengan cara muzik irama Malaysia. Memang tak hairan lah taraf lagu ini begitu tinggi dari dulu sampai sekarang.

 

Baca : Dia letak lagu-lagu saya tak laku” – Netizen Tertanya-tanya Siapa ‘Komposer’ Yang Dimaksudkan Noraniza Idris Dalam Rancangan Ini

Kakani

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.