in

“Rumah terakhir untuk semua orang”- Review Liang Lahad Ini Buat Ramai Netizen Insaf

F1 Masjid Bandar Seri Putra Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, kita sememangnya perlu sentiasa mengingati kematian sebab mati itu pasti dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Itulah yang dilakukan oleh akaun TikTok Masjid Bandar Seri Putra ini apabila pihak AJK masjidnya telah berkongsikan video review liang lahad di tanah perkuburan Islam baru-baru ini.


4

Dalam video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok masjidbspofficial itu, dapat dilihat dua orang lelaki berkopiah telah memberikan ulasan mereka tentang liang lahad di tanah perkuburan yang akan menjadi rumah terakhir kita suatu hari nanti.

@masjidbspofficial

Replying to @marmarr888 Persiapkan amalan kebaikan sebanyaknya sementara masih belum dijemput berpindah ke sini. Jom Daftar ahli Khairat kematian sebagai persediaan awal. #rumah #kubur #lianglahat #bossjames #review #fyp #masjidbandarseriputra #bandarseriputra #bangi #kajang

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Artikel Berkaitan: “Macam tulisan komputer” – Tulisan Tangan Kemas & Cantik Masjid Ini Buat Netizen Terpukau

Artikel Berkaitan: “Good parenting” – Netizen Kagum Tindakan Lelaki Ini Teman Anak Buat Kerja Sekolah Di Masjid

Dalam video yang berdurasi lebih kurang seminit itu, mereka juga mengatakan kawasan rumah terakhir kita iaitu liang lahad itu sangat tenang, kerana jiran-jiran tidak banyak bunyi.

Rumah mampu milik, tak perlu submit loan,” kata mereka.

Video review liang lahad itu sangat lucu dan dilihat telah menghiburkan ramai warganet apabila ditinjau di ruangan komen, namun dalam masa yang sama ternyata video tersebut juga telah menginsafkan ramai netizen.

5

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa video review liang lahad itu merupakan cara yang terbaik untuk mengingatkan orang ramai tentang kematian, sekali gus menyeru umat Islam untuk memperbanyakkan amal soleh sebagai persiapan sebelum dijemput Ilahi.

3

2

1

Kelakar-kelakar jugak kan, tapi ia tetap menginsafkan kita semua…

Sumber: TikTok @masjidbspofficial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.