“Good parenting” – Netizen Kagum Tindakan Lelaki Ini Teman Anak Buat Kerja Sekolah Di Masjid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Ayah juara satu, seluruh dunia.” Itulah kata-kata Ikal dalam filem Indonesia, Sang Pemimpi. Begitu tinggi darjat seorang ayah diangkat dan sudah pastinya menjadi idola buat semua anak lelakinya, dan menjadi cinta pertama buat anak perempuannya.

Cerita kali ni kami nak share seorang ayah yang bawa anak ke masjid. Selain untuk memberi pendedahan agama kepada zuriatnya, si ayah ni juga teman anaknya buat kerja sekolah di masjid. Hebat betul. Boleh jadi contoh untuk semua yang diluar sana.

Good parenting!

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif kepada anak beranak ni. Mana tidaknya, dia sanggup teman anak buat homework, lepas tu check dekat situ gak. Memang power lah abang ni. Respek!

Sambil menyelam, minum air. Banyak pahala dapat ni. Semoga si anak dapat berbakti semula ke orang tuanya di masa hadapan. Amiin

Betul, cikgu dekat sekolah ajar subjek je. Adab tu bapak dia dah cover. Bab adab tu yang susah sikit nak ajar sekarang ni. Iyelah, masa dengan anak terhad. Tapi inisiatif ni memang bagus. Boleh jandi contoh untuk semua.

Konon nak ngelat dari pegi masjid sebab nak buat homework. Sekali ayah ajak pegi masjid sambil buat homework. Memang takleh elak dah tu. 

Misai macam askar, takut nak buat salah. Sekali kena kawad balik rumah baru ada akal. Ayah naik moto anak berkawad balik rumah. 

Abang, senyum sikit. Ni mesti ada jawapan salah ni. Serius sangat muka tu. 

Begitulah seorang ayah mithali yang mampu mendidik anaknya untuk menjadi seorang yang berguna. Semoga kita berjaya buat macam apa yang abang ni buat dekat anak dia suatu hari nanti. Amiin.

 

Baca: “Hargailah ayah anda” – Ayah Beli Telefon Untuk Anak Guna Duit Syiling Buat Netizen Sebak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.