in

[Video] Tangki Minyak Di Indonesia Meletup, Lelaki ‘Selamba’ Minta Netizen Jangan Panik Walaupun Api Menjulang

Tidak Perlu Panik

Semalam, tangki syarikat minyak Indonesia, Pertamina di Balongan dilaporkan meletup hingga menyebabkan kebakaran yang dahsyat pada tengah malam.

Walau bagaimanapun, mujurlah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini dengan 20 orang cedera dan tiga yang masih hilang, manakala seramai 950 penduduk di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan kebakaran tersebut, lapor BBC Indonesia.

117742583 Whatsappimage2021 03 29At11.42.28Am

Rakaman kebakaran dengan api yang menjulang itu telah mendapat perhatian netizen di Indonesia yang mana kebanyakannya berkongsi di media sosial hingga menyebabkan ramai yang bimbang dengan situasi tersebut.

117741336 Antarafoto Kebakaran Pertamina Balongan 290321 Da 3

 

“Saya sedang berdiri di depan lokasi kebakaran. Tidak perlu panik” 

Demi meredakan kebimbangan masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan kejadian, seorang lelaki yang kemungkinan bekerja dengan syarikat minyak tersebut telah membuat video untuk menenangkan orang ramai.

Video TikTok itu dirakam dengan lelaki terbabit didakwa berdiri di hadapan kilang minyak yang sedang terbakar sambil memberitahu orang ramai supaya tidak panik melihat api yang menjulang tinggi di belakangnya itu.

@kevingndn

#prayforindramayu#foryoupage

♬ original sound – Kevingndn – Kevingndn

 

“Backgroundnya pak… gimana gak panik” 

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen sudah pastinya terkejut bila melihat keadaan api yang besar serta letupan yang berlaku dengan tiba-tiba di belakang lelaki tersebut.

Sungguhpun begitu ramai yang salute dengan ‘bapak’ ini sebab dia nampak chill je dan dah macam biasa dengan situasi tersebut. Malah ada yang kata, lelaki ini hanya berdiri depan green screen sebab itu dia tak nampak panik langsung.

Panik

Power pakcik ni boleh jadi se’chill’ itu kan? 

Baca: “Tak sempat selamatkan hantaran” – Majlis Bertunang Bertukar Tragedi, Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Pertunangan

Fire Fire

Sumber: TikTok