in

Rosa Elena Bonilla: Isteri Bekas PM Honduras Dipenjara 58 Tahun Sebab Seleweng Dana Negara Untuk Bayar Yuran Anak

Bonilla Honduras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rosa Elena Bonilla berusia 52 tahun adalah bekas ‘first lady’ Honduras dan telah dijatuhi hukuman penjara 58 tahun atas tuduhan penipuan dan penyalahgunaan dana, lapor BBC.


Isteri kepada bekas presiden Honduras, Porfirio Lobo itu sebelum ini berada di dalam tahanan sejak Februari 2018 dan menurut laporan Bonilla telah menyalah guna dana berjumlah AS$779,000 (RM3.3 juta) di antara 2010 dan 2014.

Bonilla3
sumber: politicoscope

 

Duit sepatutnya untuk biaya program amal dan sosial

Wang hasil sumbangan antarabangsa dan dana awam yang diseleweng oleh Bonilla itu sepatutnya digunakan untuk membiayai program sosial. Kebanyakan duit itu telah diperuntukkan untuk kegunaan kanak-kanak miskin dekat Honduras serta aktiviti amal.

Bonilla2
sumber: bbc
Bonilla5
sumber: akurat

 

Guna untuk kepentingan peribadi, termasuk yuran anak

Selain seleweng duit negara untuk beli aksesori dan emas, Bonilla juga gunakan untuk biaya perubatan peribadi, bayar yuran anaknya dan kerja pembinaan.

 

Hukuman dikurangkan

Bonilla9
sumber: the star

Pada asalnya, Bonilla berdepan hukuman penjara sehingga 87 tahun namun selepas rayuan difailkan dekat Mahkamah Agung, hukuman tersebut dikurangkan sebanyak 30 tahun.

Bekas wanita pertama Rosa Elena Bonilla dijatuhkan hukuman penjara 58 tahun kerana jenayah salah guna dana dan penipuan.”

 

Suami, kawan baik dan anak pun sama!

Sumber mahkamah berkata, kawan baik Bonilla, Saul Escobar turut dijatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun atas kesalahan menggelapkan dana awam serta penipuan.

Saul Escobar
sumber: quienopina

Malah, suami Bonilla iaitu bekas presiden Honduras yang memerintah negara itu pada 2010 hingga 2014 turut dikaitkan dengan perbicaraan pertubuhan jenayah, Cachiros di Amerika Syarikat namun beliau menafikan sebarang pembabitan.

Seorang anak lelaki mereka pula dilaporkan mengaku bersalah pada 2017 di mahkamah Amerika Syarikat dan telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.

Bonilla4
sumber: el pais

Baca: “Assalamualaikum” – Perdana Menteri NZ Buka Sidang Parlimen Dengan Salam & Ucapan Menyentuh Hati

Feat 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.