in

RM3.5 Bilion ‘Terlepas’ Dari Cukai, HASiL Dedah Semakan e-Invois

Hasil Ft 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mendedahkan sebanyak RM3.5 bilion pendapatan tidak dilaporkan dikesan hasil semakan data e-Invois dan pada masa sama menunjukkan tahap pematuhan cukai yang masih perlu dipertingkatkan.

Menariknya, melalui pendekatan peringatan atau nudging, seramai 38,906 pembayar cukai tampil membuat pengakuan secara sukarela, dengan jumlah cukai yang perlu dibayar mencecah RM760.7 juta.


Pfp Lhdn New

Namun, bagi yang masih belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), tindakan susulan seperti audit dan penguatkuasaan akan diambil.

Sejak e-Invois diperkenalkan pada 1 Ogos 2024, penggunaan sistem ini menunjukkan perkembangan positif:

  • 225,604 pembayar cukai telah mengemukakan e-Invois
  • Sebanyak 1.299 bilion e-Invois telah direkodkan

Dalam usaha memperkukuh pematuhan, HASiL turut menjalankan Operasi Semakan Pematuhan e-Invois Peringkat Nasional 2026 dari 20 hingga 24 April lalu. Antara hasil operasi tersebut adalah 108 pembayar cukai masih gagal melaksanakan e-Invois di bawah Fasa 1 dan Fasa 2. Pendekatan yang dilaksanakan merangkumi lawatan premis, semakan rekod e-Invois, temu bual serta penilaian sistem e-Invois. 

Artikel berkaitan: PMKS Dipacu Ke Arah Digital Melalui Karnival e-Invois HASiL

Artikel berkaitan: “Untung berbilion tapi…” – Indonesia Pertimbang Kutip Cukai Di Selat Melaka Untuk Jana Hasil Negara?

Bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kerajaan turut memberi tempoh kelonggaran tambahan selama 24 bulan bagi pelaksanaan e-Invois di bawah Fasa 4.

Dalam tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027, pembayar cukai dibenarkan: 

  • Mengeluarkan e-Invois disatukan secara bulanan
  • Tiada penalti dikenakan, selagi pembayar cukai mematuhi pengeluaran e-Invois disatukan. 

Secara ringkasnya, e-Invois kini jadi antara alat utama dalam memperkukuh pematuhan cukai negara. 

Sumber: HASiL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.