in

“Untung berbilion tapi…” – Indonesia Pertimbang Kutip Cukai Di Selat Melaka Untuk Jana Hasil Negara?

Syaz Ft 2026 04 23T102246.382

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia nampaknya sedang merancang langkah berani untuk menjana hasil baharu negara dengan mempertimbangkan cadangan mengenakan cukai terhadap kapal dagang yang melalui Selat Melaka.

Sebagai antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, kawasan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk memperkukuh ekonomi Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.


Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa, menjelaskan bahawa kedudukan strategik Indonesia di laluan perdagangan global sepatutnya memberi pulangan ekonomi yang lebih setimpal melalui mekanisme cukai transit.

Artikel berkaitan: Sahut Seruan Kerajaan Untuk Jimat Minyak, Seorang Guru Di Indonesia Berlari Untuk Ke Sekolah

Artikel berkaitan: Indonesia Bakal Sekat Akses Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun

“Indonesia bukan negara pinggiran. Kita berada di laluan perdagangan dan tenaga global yang penting, namun kapal yang melalui Selat Melaka ketika ini tidak dikenakan sebarang bayaran,” katanya.

Selat Melaka, yang dikongsi bersama Malaysia, Indonesia, dan Singapura, merupakan nadi utama yang menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik. Kepentingannya sering kali disamakan dengan laluan ikonik lain seperti Terusan Suez dan Selat Hormuz.

Tb Selat Melaka

Walaupun Indonesia memegang bahagian geografi terbesar di laluan tersebut, Purbaya mengakui bahawa pelaksanaan cukai ini memerlukan perbincangan mendalam dengan negara jiran. Beliau juga memetik perbincangan antarabangsa mengenai cadangan tol di Selat Hormuz oleh Iran sebagai rujukan.

Namun, cadangan ini nampaknya tidak akan berjalan mudah. Singapura melalui Menteri Luarnya, Vivian Balakrishnan, telah memberikan reaksi awal yang tegas. Menurutnya, laluan maritim di Selat Melaka dan Singapura mestilah kekal bebas tanpa sebarang gangguan atau sekatan.

Beliau menegaskan bahawa pihak Singapura tidak akan terlibat dalam sebarang usaha untuk mengenakan tol atau menutup perairan tersebut kepada pedagang global.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.