in

“RM1.6K setiap setengah bulan kerja” – Permainan Video Lubuk Kartel Dadah Rekrut Budak Untuk Jadi ‘Mata-Mata’

Online Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Mexico memberi amaran kepada ibu bapa di negara itu untuk memantau aktiviti anak-anak mereka terutama sekali ketika sedang bermain permainan video online.


Shutterstock 624801452 E1634954045138
Gambar hiasan

Ia selepas beberapa laporan diterima pihak berkuasa tempatan mengenai kartel dadah yang mula merekrut kanak-kanak bawah umur untuk bekerja dengan mereka melalui platform permainan video online.

Memetik laporan The Star, pihak berkuasa tempatan mendedahkan pada Rabu lalu, mereka menerima satu laporan kes mengenai tiga kanak-kanak bawah umur yang menaiki sebuah bas dan dalam perjalanan untuk melakukan kerja buat kartel dadah selepas dijanjikan bayaran lumayan. Kes berkenaan dilaporkan berlaku di Oaxaca, selatan Mexico.

06839126 E1634954219873
Gambar hiasan

“Mangsa difahamkan akan dijanjikan bayaran lumayan sekiranya bersetuju untuk menjadi mata-mata pihak mereka untuk mengawasi gerak-geri polis di kawasan terbabit,” kata Ricardo Mejia, Pemangku Ketua Sekuriti dalam satu temu bual bersama media.

Jelas Mejia lagi, kebiasaannya, pihak yang merekrut ini akan menggunakan initial beberapa kartel dadah digeruni di negara itu seperti Jalisco New Generation, Cartel of the Northeast dan banyak lagi semasa cuba untuk ‘memancing’ mangsa.

Depositphotos 75945177 Stock Photo Conceptual Photo Of Bribed Man
Gambar hiasan

Dalam kes yang dilaporkan di Oaxaca itu, salah seorang kanak-kanak terbabit mendedahkan dia dijanjikan bayaran 8,000 pesos (RM1,645) bagi setiap setengah bulan bekerja dengan kartel berkenaan. Menurutnya lagi, dia ditawarkan kerja itu menerusi permainan video online, Free Fire.

Bagaimanapun, mangsa dan dua kanak-kanak lain berjaya diselamatkan pihak berkuasa tempatan sejurus selepas meninggalkan rumah.

Maxresdefault 1 E1634954328135

Kes terbabit walau bagaimanapun, bukanlah yang pertama pernah dilaporkan. Difahamkan, terdapat beberapa kes lain dimana ada individu yang mendakwa milik Jalisco Cartel, Old School Zetas and Sinaloa Cartel menghubungi kanak-kanak bawah umur menerusi platform permainan video online seperti Grand Theft Auto V untuk ditawarkan job sebagai mata-mata mereka.

“Walaupun kes yang dilaporkan membabitkan permainan video di telefon pintar, perkara sama juga boleh berlaku melalui PlayStation, Xbox atau konsol Nintendo Switch. Modus operandi mereka selalunya akan menghubungi mangsa menerusi sambungan internet dan akan muka memujuk supaya mangsa bersetuju bekerja dengan mereka,” katanya lagi.

 

Sumber: The Star

Baca: “Dorang tak boleh lari, kami dah lama pantau” – KPN Dedah Lebih Dari 5 Tan Sri & Datuk Jadi ‘Mastermind’ Kartel Dadah

Collage 3 E1634952772387

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.