in

“Dorang tak boleh lari, kami dah lama pantau” – KPN Dedah Lebih Dari 5 Tan Sri & Datuk Jadi ‘Mastermind’ Kartel Dadah

Collage 3 E1634952772387

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini mendedahkan seramai lebih dari lima individu yang mempunyai gelaran “Tan Sri” dan “Datuk” dikatakan merupakan dalang kuat kartel dadah di negara ini.


1569398903 250919160908230000005D8B2077B418E

Menurut NST, KPN memberikan jaminan yang individu-individu ini kini dalam radar polis dan tak dibenarkan untuk lari ke luar negara.

Dorang tak boleh lari, kami dah lama pantau. Kami ada masalah untuk dapatkan bukti bagi kaitkan dorang secara terus, tapi bila dah dapat, tindakan akan diambil”

Tambahnya lagi, polis telah menerima beberapa tip mengatakan ada orang atasan yang bertindak sebagai pembekal bagi menjalankan aktiviti kartel dadah dalam negara.

Kami akan ambil tindakan ke atas mereka juga. Usaha kami selama ini akan jadi sia-sia kalau kami hanya dakwa orang-orang bawahan tapi orang atasan dapat lepas.

Kami dapat tahu ada lebih lima kartel dadah yang didalangi oleh golongan VVIP.

Ini bukan amaran kosong. Saya pernah keluarkan kenyataan sebelum ini tapi bukan untuk rosakkan rancangan sebenar tapi nak bagitahu orang yang ancaman dadah di negara kita sangat teruk.”

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Persekutuan, Datuk Razarudin Husain pula, tiga individu dengan gelaran “Tan Sri” dan “Datuk” kini di bawah radar polis.

985764

Ketiga-tiga individu ini berumur lebih 45 tahun dan dipercayai menggunakan hotel, perkhidmatan perkapalan logistik dan syarikat besi sebagai tempat untuk mereka menjalankan kegiatan haram ini termasuk mengedarkan kokain ke luar negara.

Mereka tak gunakan pekerja yang sama menguruskan perniagaan sah mereka untuk terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah bagi mengelakkan dari terkantoi.

Kata KPN lagi, individu-individu ini telah bersembunyi disebalik gelaran “Tan Sri”, “Datuk Seri” dan “Datuk”.

Saya akan pastikan orang-orang ini ditangkap. Walaupun saya tahu mereka ada gelaran, kami akan dedahkan tindakan tak bertanggungjawab mereka dan bawa ke pengadilan atau sekurang-kurangnya letakkan mereka di bawa Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.”

 

Baca: “Tak nak lah sebut menteri mana” – Penjual Daging Segar Dah Lama Suspek Isu ‘Kartel Daging’ Tapi Pihak Berkuasa Buat Tak Tahu

Screenshot 2021 03 01 At 4.14.46 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.