Korang pernah dengar tak OYO Hotel? Biasanya korang akan nampak ia di shop lot di ibu kota dan beberapa bandar di Malaysia.
Hotel bajet ini memang sesuai untuk mereka yang ingin bercuti tetapi mahu berjimat kerana ruang rehatnya agak kondusif dengan harga yang berpatutan.
Mungkin ada antara kita masih tak tahu dari mana asalnya hotel ini, jadi disini min nak kongsikan info yang mungkin boleh memberikan inspirasi buat kita semua terutamanya bagi generasi muda.
Asal daripada keluarga susah
Secara jujurnya mungkin bila disebut nama OYO ni ada yang tak familiar, tapi min yakin ramai yang perasan apabila berjalan di kaki lima.
Hotel ini semakin terkenal dan sebenarnya diasas oleh anak muda yang berasal dari India, Ritesh Agarwal, lahir pada 16 November 1993 (berusia 27 tahun) ini berasal dari keluarga yang susah.
Beliau berasal dari Rayagada, satu daerah yang rata-ratanya terdiri daripada petani, menurut Ilumisanasi, pendapatan harian mereka hanyalah sekitar RM 40 sehari.
Ritesh mula berjinak-jinak dalam bisnes ketika umurnya 13 tahun, dengan menjual sim kad. Beliau berhenti belajar dari St. Johns Senior Secondary School, bahkan selepas berhijrah ke Delhi pada tahun 2011 di peringkat kolej pun dia berhenti sebab tak yakin boleh dapatkan keputusan cemerlang.
OYO = Own Your Own
Ya, itu lah maksud OYO!
Jodohnya dengan OYO itu mula dipertemukan apabila dia membantu sebuah hotel bajet yang berdekatan dengan timpat tinggalnya, hotel ini tidak mendapat sambutan. Beliau terus jumpa dengan owner hotel tersebut dan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.
Menerusi hotelmanagement.net, beliau membuat promosi bilik-bilik yang diubah itu dan ia ternyata berhasil. Ramai pelancong menginap di hotel tersebut dan ia menggerakkan hati Ritesh bahawa hotel bajet juga ada tarikan tersendiri dan boleh menarik minat untuk segelintir golongan.
Berdasarkan berhatiannya, hotel bajet biasanya susah mencapai tahap kebersihan yang memuaskan, itu adalah pemangkin dirinya untuk come out dengan satu idea dengan mempromosikan hotel-hotel bajet ini sebelum menubuhkan satu startup yang bernama Oravel.
Startup ini merupakan sebuah portal direktori untuk hotel-hotel bajet. Beliau jadikan Airbnb sebagai rujukan, jadi beliau tubuhkan OYO, pada mulanya ia hanyalah sekadar laman web yang mengemaskini dan menjual semula bilik hotel yang ada.
Namun pada tahun 2016, Ritesh telah berjaya mengembangkan model perniagaan OYO dan menjenamakannya semula sebagai sebuah rangkaian hotel, menurut QZ.
Mula berkembang ke serata dunia
Dengan idea yang ditubuhkannya ini, ia telah menarik minat beberapa pihak dan Ritesh terpilih untuk program Thiel Fellowship, satu program selama 2 tahun yang dikenadalikan oleh pengasas Paypal. Beliau telah mendapat pembiayaan sebanyak USH 100,000.
Sejak itulah beliau mula memperluaskan lagi empayarnya ke kawasan Asia pasifik dan terus merebakrangkaian hotel ini ke UK, UAE, Dubai, China dan bermacam-macam negara lagi.
Sekitar tahun lepas, OYO dah ada lebih daripada 300,000 bilik di 500 bandar di seluruh dunia. Wah memang memberikan inspirasi.
Untuk mencapai kejayaan ini, Business Insider India ada kongsikan bahawa Ritesh mengalami 6 kali kegagalan sebelum berjaya, namun baginya kegagalan itulah yang membuatkan dirinya semakin kuat.