Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga terhadap prestasi dan pencapaian anak sulungnya dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) semalam.
Menurut Rita di Instagram miliknya, anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang dapat mewakili Majlis Sukan Sekolah itu dapat pecah rekod MSSD Sabak Bernam selepas 20 tahun dengan mencatatkan 11.44 saat dalam larian 100 meter berbanding 11.58 saat pada tahun 2004.
Artikel berkaitan : “Lebih baik diam” – Rita Rudaini Tegur Pasangan Influencer Islamik Kongsi Pengalaman Kena Gari
Artikel berkaitan : “Anak saya tak kenal dia” – Sudah Bagi Masa, Rita Rudaini Mohon Aidil Tak Cari Anak-anak
Jelas Rita lagi, dia begitu terharu dengan pencapaian anaknya kerana bukan sahaja dalam akademik tetapi dalam sukan.
“Alhamdulillah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS..Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula…Insya Allah mommy sokong!”
“Ryan daapt pecah rekod 20thn MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44s
( rekod lama tahun 2004 11.58s )”
“Mommy proud”
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang bangga dan mendoakan agar anaknya itu berjaya dan mampu capai ke tahap Olimpik kelak.
Mak manalah tak bangga kalau anak dapat pencapaian macam tu, kita yang tengok dari jauh ni pun rasa kagum.
Sumber : Instagram