in

“Anak saya tak kenal dia” – Sudah Bagi Masa, Rita Rudaini Mohon Aidil Tak Cari Anak-anak

Untitled Design 2024 04 02T102932.075

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum mereka berdua bercerai pada 2013.


Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel berkaitan: “Belajar lah kuat seperti ex wife dia dulu okay” –  Rita Rudaini Titip Pesanan Pedas Buat Fitria

Artikel berkaitan: “Semua golongan berhak memohon” – Rita Rudaini Tak Setuju Alasan T20 Masuk MRSM Untuk Belajar Erti Kesusahan

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi di mana Rita Rudaini dikatakan menghalang bekas suaminya itu untuk bertemu dengan kedua-dua anak mereka, kenyataan Aidil Zafuan itu membuatkan pelakon filem Mami Jarum itu dikecam hebat oleh netizen.

Pun begitu, Rita menerusi satu temu bual dengan Hlive memberitahu mengapa dia melakukan sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Saya ada due date, expired date, date tu dah habis, saya bagi masa sampai anak nak masuk tadika, anak saya dah masuk darjah 1 tu pun takde.

Jadi bagi saya cukuplah, jangan ganggu kami, biar saya dengan anak-anak bahagia cara sendiri,” katanya.

Malah, Rita juga berkata Aidil sepatutnya datang ketika anak-anaknya itu masih kecil agar ada memori tercipta di antara mereka namun tiada dan Rita merasakan ianya lebih baik jika bekas suaminya itu tidak bertemu langsung dengan anak-anaknya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.