in

“Rindu dai syed” – Hashtag #StandWithDaiSyed Trending, Netizen Betul-betul Sokong Atau Kutuk Da’i Syed?

Hashtag Dai Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas terpalit dengan tuduhan didakwa merogol dan mencabul beberapa gadis baru-baru ini, pendakwah selebriti, Da’i Syed terus mendapat perhatian terutamanya di media sosial.



Kali ini, nama Da’i Syed menjadi sebutan di Twitter selepas muncul hashtag #StandWithDaiSyed yang menjadi trending kononnya digunakan sebagai tanda sokongan terhadap pendakwah tersebut, lapor mStar.

Daisyed

Eoru S4Vqaup Wl

Hashtag ini pada mulanya digunakan netizen untuk menunjukkan sokongan dan kata-kata semangat buat Da’i Syed serta mengharapkan keadilan sewajarnya diberikan kepada pendakwah tersebut sepanjang tempoh siasatan kes tersebut berlangsung.

Stand Fan

 

“Korang ni kenapa nak sokong orang macam ni?” 

Pun begitu, lama kelamaan hashtag tersebut berubah menjadi hashtag yang digunakan untuk memberi kecaman, sindiran dan macam-macam lagi benda yang tak berkaitan.

Kpop What

Da’i Syed sehingga kini masih ditahan semenjak 26 November lalu dan remannya akan disambung sehingga Ahad ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis telah menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Dai Syed Lanjut Reman

Manakala satu lagi kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual.

Peguam yang mewakili suspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu media, Da’i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Semoga keadilan yang sebenar terbukti dalam kes ini. 

Baca: “Kita juga ada aib yang Allah simpan” – PU Syed Minta Netizen Jangan Selongkar Kisah ‘Tertutup’ Da’i Syed

Pu Dai

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: mStar
Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.