Berita mengenai Da’i Syed yang kini terpalit dengan dakwaan jenayah seksual baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kumpulan pendakwah lain terutamanya Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kerana berkongsi nama yang serupa.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, PU Syed memberi penjelasan bahawa dia bukanlah Da’i Syed yang diperkatakan baru-baru ini.
Tambahnya lagi, jika benar dakwaan seksual tersebut dilakukan oleh pendakwah muda itu, biarlah mahkamah menghukumnya dan sebagai netizen, lebih baik elakkan diri daripada selongkar lebih banyak kisah mengenai rakan seperjuangannya itu.
https://www.instagram.com/p/CIEcY6msbZ8/
Maaf ambe bukan Dai Syed dan Dai Syed bukannya ambe, jika benar dakwaan terhadapnya, biarlah Mahkamah yang menghakiminya, toksahlah kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ianya didedahkan sendiri olehNya.
“Berat sangat mehnah dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa ‘persediaan’ sebenar dan sebetulnya,” katanya.
Dalam pada itu, PU Syed juga berkata, kita semua mempunyai aib yang disimpan Allah, jadi adalah lebih baik kalau kita jangan sebarkan aib orang lain.
Perkongsian tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Ada yang menyokong dan ada juga merasakan aib itu sangat berbeza dengan jenayah yang dilakukan seseorang.
Apa pendapat korang tentang isu ini?