in

Rider Meninggal Dunia Lepas Muka ‘Melekat’ Pada Belakang Lori Di Lebuhraya DUKE

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah video yang melihatkan seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan dengan lori. Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila muka mangsa dilihat ‘melekat’ pada bahagian belakang lori terbabit.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ting Teck Loo, 43, dipercayai telah gagal untuk mengelak daripada melanggar lori yang dipakir di bahu jalan akibat kerosakan gear.

Xxx 4

Melihatkan keadaan badan dan wajah mangsa yang ‘melekat’ di bahagian belakang lori, orang awam menunggu sehingga pihak bomba tiba untuk menyelamatkan mangsa agar tiada perkara yang lebih buruk berlaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat beberapa ketika kemudian.

“Beliau yang cedera parah di muka dan kaki itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kini berada di zon merah”

Hasil siasatan awal mendapati pemandu dan kelindan lori sudah pun membuat kawalan dan meletak alatan segi tiga keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Isteri mangsa mengesahkan kematian suaminya

Namun begitu, isteri mangsa mengesahkan bahawa suaminya telah meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian akibat paru-paru berdarah. Beliau juga ada memuat naik sebuah gambar mereka sekeluarga beserta tulisan yang sangat menyayat hati.

In the afterlife
Let’s do a role change.
You’re a woman, I’m a man.
Let me take this responsibility to bring you happiness

28 AUG…

Posted by Chloe Ng on Jumaat, 28 Ogos 2020

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kredit: Bernama

 

BACA: Kecoh Video Tular Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Di Dataran Merdeka

Cats 21

 

 

 

 

Sumber: KL Reporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.