in

“Resipi Thai mmg on point!” – [VIDEO] Kecur Air Liur Tengok Nam Tok Salad, Boleh ‘Try’ Buat Waktu PKP 2.0!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu sangat kita tengok dekat Facebook video resipi masakan ala Thai. Antara yang selalu trending dan akan jadi ikutan adalah tomyam, pad thai dan sekarang pula tengok viral balik pasal daging harimau menangis.


Korang pernah try? Daging harimau menangis ni rasa dia memang ‘wow’, dicicah pula dengan sos masam-masam pedas tu memang sedap tak tau nak habaq! Tapi, tau tak ada lagi satu resipi daging Thai yang sedap gila? Mungkin ada yang dah tahu tapi sebenarnya ramai juga tak tahu pasal menu Thai Beef Salad atau dipanggil Nam Tok.

Kalau korang suka menu daging, korang kena try Nam Tok ni! Nak lagi sedap, korang guna bahagian sirloin atau ribeye, perghhh memang padu. Cara masak daging tu macam  ala-ala steak tapi lepas dah grill, daging tu dipotong halus dan digaul dengan salad. Kalau nak tahu salad apa, meh admin senaraikan bahan-bahan untuk korang cuba buat Nam Tok waktu PKP 2.0 ni.

Sambil-sambil stay at home tu, try lah resipi lain daripada PKP 1.0 dulu kan?

 

Bahan-bahan: 

  • 400-500 gram sirloin atau ribeye
  • 2 sudu besar makan kicap cair
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  • Setengah batang serai, dicincang menyerong

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 setengah sudu besar gula kabung Thailand (palm sugar)
  • Setengah biji jus limau nipis
  • 1-2 sudu besar serbuk cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 sudu kecil *roasted rice powder
Roasted Rice Powder
  • 1 biji bawang merah (kecil)
  • 1 batang daun bawang
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam daun pudina

* Rice powder yang dimaksudkan bukan tepung beras tapi serbuk beras. Senang je, boleh buat sendiri serbuk beras ni guna beras pulut. Korang boleh refer cara-cara buat serbuk beras dekat sini.

 

Cara memasak

Untuk lebih mudah faham, korang boleh tonton video di bawah cara-cara menyediakan Nam Tok atau Thai Beef Salad ni. Memang sangat mudah! Lebih kurang macam buat daging harimau menangis jugak.

* Kalau ikutkan video ni, daging tu masih merah. Kalau korang nak masak betul-betul, boleh grill lebih lama.

Nam Tok, Thai Beef Salad

Posted by Seonkyoung Longest on Thursday, December 31, 2020

 

Kecur air liur min tengok video ni weh. Balik nak buat terus!

Baca: “Tak perlu minta izin, takde trademark” – Netizen Puji Che Nom Tak Kedekut, Halalkan Orang Guna Resipi Untuk Berniaga

Sumber: Serious Eats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.