Ingatkan semalam dah selesailah kes berkaitan isu penjenamaan nama ‘Harimau Menangis’ oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini selepas beliau menarik balik permohonan ‘trademark’ tersebut daripada MyIPO.
Rupa-rupanya kisah tentang penjenamaan Harimau Menangis ini sudah sampai ke Thailand apabila salah seorang daripada netizen di sana memuat naik isu ini di Twitter.
บ.เอกชนแห่งนึงในมาเลย์ ยื่นจดทะเบียนเครื่องหมายการค้า “เสือร้องไห้” (ฮารีมาอู เมอนางิส) อ้างเป็นมรดกทางภูมิปัญญา และวธ.ของชาวมาเลย์/ แต่ชาวมาเลย์ไม่เห็นด้วย เพราะรู้ว่าเมนูนี้มีต้นกำเนิดในไทยมากกว่า/ ล่าสุดรบ.ชะลอรับรองคำขอจดทะเบียนบอกเป็นเรื่องละเอียดอ่อน
Cr. FB Ball Sathapat pic.twitter.com/4g5TERvS1q
— พี่เค้ก ~ 🍰 (@cake_journey) January 14, 2021
Menerusi perkongsian asal daripada Facebook Ball Sathapat, netizen di Thailand ini hanya mendapat tahu mengenai isu tersebut daripada media Malaysia dan mereka sebenarnya agak terkejut juga apabila juadah yang asalnya daripada Thailand ini bakal dijenamakan.
Salah satu daripada syarikat persendirian di Malaysia mahu jenamakan ‘Harimau Menangis’ sebagai ‘harta intelek’ mereka.
“Tetapi rakyat Malaysia tidak bersetuju kerana mereka tahu menu makanan ini asalnya daripada Thailand. Malah baru-baru ini, permohonan penjenamaan ini juga masih belum diluluskan,” tulisnya.
“Kami mohon maaf atas pihak mereka” – Netizen Malaysia
Posting itu kemudian mendapat perhatian netizen Malaysia yang telah memohon maaf atas apa yang berlaku. Kebanyakannya kembali menyalahkan pihak ibu Neelofa kerana telah memalukan Malaysia dengan isu begini.
“Orang Malaysia cute. Terima kasih defend kami”
Perkara ini juga mendapat respon orang Thailand sendiri yang merasakan rakyat Malaysia ‘cute’ je bila defend makanan orang Thai. Alahai korang ni….
Laju betul ye isu ini sampai ke Thailand. Harap-harap orang Thai tak marahlah ye.