in

“Bukan tujuan saya nak tutup rezeki sesiapa” – Ibu Neelofa Tarik Balik Permohonan ‘Trademark’ Harimau Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu penjenamaan Harimau Menangis yang kecoh disebutkan netizen baru-baru ini akhirnya bertemu titik noktah apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini katanya telah mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan ‘trademark’ tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). 


Menurut Utusan Online, Noor Kartini berkata, dia memohon maaf dan sedar akan kesilapannya serta berharap keputusan tersebut dapat meredakan isu yang semakin hangat diperkatakan netizen di media sosial ini.

Saya membuat keputusan membatalkan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan itu dapat menjelaskan dan meredakan keadaan,” katanya.

Perkara ini diperkatakan Noor Kartini menerusi sidang media virtual yang berlangsung selama 5 minit sebentar tadi.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan yang dia tidak berniat untuk tutup periuk nasi sesiapa dan khususnya kepada mereka yang berniaga produk daging Harimau Menangis tersebut.

“Bukan tujuan saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa. Saya berharap isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” jelasnya lagi.

Oh begitu, baguslah kalau macam tu kan. Harap isu ini tidak lagi berpanjangan.

Baca: “Mentang-mentang ada duit”- Netizen Geram Dapat Tahu Mak Neelofa Cuba Trademark Nama ‘Daging Harimau Menangis’

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.