in

“Mohon maaf atas kesilapan kata-kata” – Ibu Neelofa Jelas Isu ‘Daging Harimau’ Mengaku Tersalah Cakap

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, ramai netizen telah meluahkan rasa tak puas hati mereka apabila mendapat tahu ibu kepada Neelofa, Noor Kartini telah mendaftarkan nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Menerusi Instagram Aunty Tini Kitchen, Noor Kartini telah menjelaskan perkara sebenar mengenai kontroversi tersebut dan sekaligus memohon maaf.

Jelasnya, permohonan yang dibuat adalah untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.

Tambahnya lagi, ini bertujuan untuk mengelak sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihaknya dan pengguna lain.

Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan.

Noor Kartini juga turut memohon maaf atas kata-kata yang dia gunakan dalam video tular meminta orang untuk menukar nama daging harimau ke nama lain.

Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021.”

Ekoran isu tular ini, MyIPO turut memberi komen mengatakan yang permohonan Noor Kartini ini masih dalam peringkat pemeriksaan dan belum menjadi hak ekslusif beliau lagi.

“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,”

MyIPO menambah, sebarang keputusan yang bakal dibuat nanti adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, lapor Kosmo.

 

Baca: “Mentang-mentang ada duit” – Netizen Geram Dapat Tahu Mak Neelofa Cuba Trademark Nama ‘Daging Harimau Menangis’

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.