in

“Peniaga dah tak fikir berkat” – UAI Tegur Peniaga Viral & Pelanggan Yang Sanggup Tunggu Berjam

Ft Uai Tegur Peniaga Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral terhadap sesuatu makanan ini pastinya menjadi salah satu agenda pemasaran yang dapat membantu peniaga mendapatkan rezeki mereka. Namun begitu, ada antara mereka yang agak keterlaluan sehinggakan tidak boleh terima teguran.


Susulan itu, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus menempelak segelintir masyarakat di negara ini khususnya golongan peniaga dan juga para pelanggan yang terlalu taksub dengan menu viral.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Gara-gara Kunafa Viral, Orang Ramai Sanggup Berkerumun Sampai Ada Yang Bergaduh

Artikel Berkaitan : “Saya tak paksa orang beli” -Kieda Crepe Respon Isu Berniaga Letak Syarat Perlu Beli Barang Vendor

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke bodoh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.”

Screenshot 2023 09 18 172657

“Itu penyakit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat.”

Ustaz Azhar turut menegur peniaga menerusi TikTok miliknya yang memandang ringan soal keberkatan sehingga tergamak melanggar perintah agama dalam mencari keuntungan.

“Promosi makanan dalam Tikok sekarang, sebahagiannya bagus. Kenapa? Dia jaga pantang larang dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam TikTok haram. Bila haram, perniagaan tiada berkat.”

@insan_marhaen

Nak kejar viral#ustazazharidrus #insanmarhaen #makananviral #fyp

♬ original sound – Insan marhaen – Insan marhaen

“Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, view tinggi, rating tinggi, orang banyak datang beli. Dan pembeli pun rasa hebat dapat beli benda viral.”

Malah, Ustaz Azhar turut menempelak peniaga yang tidak menjaga aurat sehingga menampakkan tubuh mereka.

Screenshot 2023 09 18 172738

“Nak suruh laku mi goreng, kenapa tunjuk punggung pula? Tu macam tak pakai baju. Pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk dua punggungnya.”

“Siapa mereka ini? Member of the hell? Ahli neraka? Jelas tak lagi? Buat juga? Masuk neraka la. Tak kira jual kat TikTok laku tak laku, viral tak viral, FYP tak peduli. Langgar pantang larang. go to hell.”

Kata-kata daripada Ustaz Azhar Idrus itu telah mendapat perhatian netizen dan majoriti ramai netizen sokong serta menyindir golongan peniaga yang didakwa angkuh dan tidak menghiraukan teguran golongan agamawan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.