in

Remaja Meninggal Dunia Selepas Ternampak ‘Hantu’ Di Bentong

5 1

Baru-baru ini, seorang remaja berumur 16 tahun menemui ajal ketika melawat sebuah rumah hantu di pusat peranginan bertempat di Bentong, Pahang.

Kejadian ini dikatakan berlaku Rabu lepas, di mana remaja tersebut sedang bercuti di pusat peranginan yang dipercayai terletak di Bentong bersama keluarganya.

Walau bagaimanapun, percutian itu bertukar tragedi selepas mangsa memasuki sebuah rumah hantu dan kemudiannya tidak sedarkan diri apabila ternampak ‘hantu’.

1 5

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaihan Mohd. Kahar menyatakan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan jenazah kemudiannya dihantar ke kediamannya di Melaka.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami masalah jantung berlubang. Ini menjadi faktor utama kematian remaja itu yang terkejut selepas melihat ‘hantu’ di pusat hiburan tersebut.

Insiden tersebut telah disebarkan dengan paparan video berdurasi 54 saat, melihatkan mangsa terkulai tidak sedarkan diri sebelum kedengaran suara rakannya meminta pertolongan dari kakitangan rumah hantu berkenaan.

Sebelum ini, Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah, Mr Wan Cai juga ada berkongsikan kisah pemergian mangsa, Muhammad Suhairil di laman Facebook miliknya.

SERANGAN JANTUNG DIRUMAH HANTU❗Jenazah adik Mohammad Suhairil selesai disempurnakan dibilik wakaf Jannatul…

Posted by Mr Wan Cai Official on Friday, December 3, 2021

Menurutnya, arwah yang merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik itu dibawa ke sebuah klinik berhampiran selepas kejadian tersebut, namun disahkan meninggal dunia sebaik saja menerima rawatan lanjut.

Jenazah Allahyarham Muhammad Suhairil kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.

Salam takziah kepada ahli keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat…

Sumber: Kosmo dan Facebook

Baca: Pengunjung Maut Jatuh Dari Roda Ferris Di ‘Fun Fair’ Berdekatan Aeon Cheras Selatan, Saksi Kongsi Kisah

1 6

Sumber: Facebook