in

Remaja Lempar Kucing Demi Content TikTok, Akhirnya Ditahan Polis

Ft Kucing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

3 hari lalu kecoh mengenai video seorang remaja melemparkan kucing dalam video Tik Tok miliknya.


Semata-mata untuk menghasilkan content yang ‘menarik’, remaja itu sanggup mengambil keputusan dengan menganiaya haiwan itu.

Penularan video tersebut mendapat perhatian ramai pihak terutamanya Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menerusi satu perkongsian yang dibuat di akaun Facebook milik persatuan itu.

Capture 5 13

 

Sepandai-pandai tupai melompat…

Susulan kejadian itu, remaja lelaki yang berusia 19 tahun itu telah ditangkap oleh pihak polis pada jam 9 pagi, semalam.

Remaja yang menetap di Kampung Aru Baru, Sundar, Lawa Sarawak dipercayai normal oleh penduduk setempat dan tidak mempunyai sebarang masalah mental.

Capture 1 4

Menurut sumber Info Roadblock JPJ/POLIS, penahanan remaja itu sekaligus membuatkan ramai pihak berpuas hati.

Mereka juga turut mengharapkan supaya haiwan yang teraniaya itu akan diberi keadilan sewajarnya…

Ingat ya, haiwan bukan mainan untuk dicampak, dilepaskan marah dan dianiaya. Mereka juga mahkluk hidup macam kita. Min harap lepas ni tak ada lah kes macam ni lagi…

 

Baca : Campak Kucing Demi Video TikTok, Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

Capture 5 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.