Satu video viral di Indonesia menunjukkan seorang remaja menangis di lapangan terbang pada 8 jun lepas.
Menerusi Tribun Timur, remaja perempuan itu ingin terbang dari Jambi ke Jakarta untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang dia kenal melalui game online yang dinamakan Free Fire.
Menurut sumber, remaja tersebut telah menjual motosikal ayahnya dengan harga 20 juta rupiah (RM 5,785) untuk membeli tiket penerbangan ke Jakarta. Apabila dia sampai di lapangan terbang, dia terus hubungi lelaki tersebut namun lelaki itu tak nak berjumpa dengannya.
Mendengar berita itu, remaja tersebut terus duduk dan menangis di airport. Ketika dihampiri dan ditanya oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Monik terhadap apa yang berlaku pada dirinya, dia terus menceritakan segalanya termasuklah macam mana dia jual motor ayahnya itu.
Menurut Detik.com, remaja itu bagaimanapun ingin pergi ke Jakarta, namun disebabkan video ini viral, keluarganya sempat menghalangnya.
Walaubagaimanapun kakitangan lapangan terbang dikatakan telahpun membatalkan penerbangannya kerana curiga tiada membawa penjaga memandangkan remaja tersebut masih belum lepas had umur.