in

“Rekod tertinggi” – Malaysia Catat Sejarah 6 Pelajar Serentak Diterima Masuk Harvard

Fi Harvard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pelajar semestinya akan berasa sangat gembira apabila ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang mereka pilih dan diidam-idamkan. Mereka pasti akan cuba yang terbaik dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang sekaligus membanggakan ibu bapa.


Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia, antara universiti yang konsisten mendapat ranking tertinggi ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Di luar negara pula, salah satu universiti yang sering menjadi tumpuan dunia ialah Universiti Harvard. Baru-baru ini, Malaysia telah mencatat sejarah apabila 6 pelajar serentak diterima masuk ke universiti tersebut.

6 pelajar terbabit bakal melanjutkan pengajian dalam program sarjana muda di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi sesi 2026 yang merupakan rekod tertinggi bagi kemasukan universiti berprestij dunia itu.

Giler 1

Lima pelajar berkenaan ialah Herman Leong Xin Yang dan Chooi Je Qin yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat A-Level manakala Ishant Shah pula sedang mengikuti pengajian matrikulasi di Kolej Sunway. Alyssa Yap Xin Yi pula adalah pelajar yang telah melengkapkan pengajian A-Level di Kolej Anglo-Chinese Junior, Singapura.

Selain itu, dua lagi pelajar yang tersenarai ialah anak kelahiran Sabah, Carisma Michaela Wong yang sedang mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM serta Lee Ee Jenn, pelajar dari Kuala Lumpur. 5 pelajar ini akan melanjutkan pengajian dalam bidang antaranya politik, sosiologi, biokimia dan ekonomi.

Alumni Penemuduga Kolej Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob ada memberi kenyataan bahawa pencapaian ini amat membanggakan dan apa yang menarik perhatian beliau adalah kepelbagaian kualiti ditonjolkan oleh setiap pelajar yang terpilih.

“Sebelum ini, sekurang-kurangnya ada 2 pelajar Malaysia sahaja yang diterima masuk setiap tahun dan adakalanya tiada” 

“Mereka dipilih daripada 61,220 permohonan dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus” – Wan Nadiah

Wan Nadiah turut mengalakkan lebih ramai remaja untuk memohon memasuki institusi ini.

Usaha tu tangga kejayaan…mungkin rezeki korang pulak lepasni dapat masuk Harvard!

Baca: “Belajar sampai Harvard tapi pembelot!”

Harvard

 

 

 

 

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.