in

WOW! Saintis India Cipta Alat Pengesan Covid-19 Mirip Ujian Kehamilan, Lagi Murah Dan Cepat

Bb 2 E1626572747244

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan. Di Malaysia sahaja kes positif jangkitan wabak ini telah meningkat kembali kepada tiga angka.


Susulan itu, para saintis masih giat menjalankan penyelidikan untuk membantu dalam merawat dan menghentikan penularan wabak ini dari terus merebak.

Umum mengetahui, cara untuk mengesan Covid-19 pada seseorang individu adalah melalui swab test. Kos bagi ujian ini jika di ambil di pusat rawatan swasta mampu menelan kos sehingga RM300, malah perlu menunggu dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan keputusan.

B 2 1

Oleh itu, sekumpulan penyelidik dari India akhirnya menemui kaedah terbaharu untuk mengesan virus ini yang dikatakan lebih menjimatkan masa dan lebih murah. Betul ke?

 

Guna kaedah sama seperti ujian kehamilan

Ujian ini dihasilkan melalui teknologi penyuntingan gen atau dipanggil Crispr dan menggunakan kaedah yang hampir sama dengan ujian kehamilan.

Para saintis juga menjangkakan kit ujian yang diberi nama Feluda itu mampu memberi keputusan dalam tempoh kurang satu jam dengan kos hanya 500 rupee (RM28). Wow!

B1 2

Penasihat Ilmiah Utama Pemerintahan India, Prof. K. Vijay Raghavan berkata, kit ujian itu bersifat sederhana, tepat, boleh dipercayai dan berskala serta berhemat, lapor BBC.

“Feluda ini digunakan pada kira-kira 2,000 sampel dari pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Hasil ujian itu, mereka mendapati alat itu berupaya mengesan jangkitan dengan kadar kepekaan sehingga 96 peratus dan 98 peratus lebih spesifik,”

“Ujian ini sangat berkesan kerana mampu mengenal pasti hampir semua orang yang menghidap jangkitan COVID-19.”

B2 2

 

Baca: Susu Ibu Didakwa Penawar Covid-19, Penemuan Terbaharu Saintis China

B3 2

Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.