in

Reda Dipecat Sebab Berhijab, Bekas ‘Kaki Clubbing’ Kongsi Detik Insaf Penghijrahan Bersama Suami

Ft Suami Isteri Hijrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Itu sebablah kita sebagai manusia jangan mudah menjatuhkan hukum terhadap diri dan kehidupan seseorang itu. Seperti yang diperkatakan oleh ramai orang, ‘silap-silap nanti bila dia berubah dia jauh lebih baik daripada kita’.


Perkara ini dapat kita saksikan sendiri terhadap seorang wanita berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Murni Hidayah Azman Tang ini. Dia mengimbau detik penghijrahannya daripada seorang kaki clubbing kepada seorang muslimah sejati.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Kongsi Kisah Penghijrahan, Ramai Baru Tahu Amin Idris Seorang Mualaf

Artikel berkaitan : “Saya sesat di lapangan terbang” – Jutawan Kaki Perempuan Kongsi Bagaimana Dia Peluk Islam

Dia mula berubah kira-kira dalam 5 ke 6 tahun lepas, memang tidak dinafikan bahawa banyak dugaan yang dia lalui selepas kejadian penghijrahannya ini.

Namun, dia berlapang dada dan menerima segala ujian dari sudut positif, baginya, ujian yang dia lalui itu adalah sebagai tanda bahawa Allah sayang kepada dirinya.

Mengimbau detik-detik sukar yang dilaluinya ketika awal penghijrahan, wanita ini bercerita kepada mStar Online yang dia dan suami, Muhammad Azmi Che Muda mula hadir ke kelas agama dan bacaan al-Quran pada 2019, ia merupakan tempoh kira-kira dalam 3 bulan selepas berkahwin.

Jelasnya, ia merupakan satu perubahan yang agak drastik selepas menghadiri kelas pertama mengaji. Pun begitu, dia masih lagi mengunjungi ke tempat hiburan tersebut.

Screenshot 2024 03 25 125911

“Tiba-tiba masa balik tu saya tertidur dan mendapat mimpi yang sangat mengerikan. Saya mimpi ada bunyi letupan yang kuat di langit, waktu semua berhenti, hujan dan langit perlahan-lahan bertukar merah. Saya nak solat, nak taubat tapi dalam mimpi tu saya datang bulan.”

“Jadi macam mana saya nak bertaubat? Kalaulah benda tu berlaku in real life, saya takut sangat. Saya juga pernah mimpi ada di dalam neraka dengan suami dan dia sangat kurus dengan rupa yang sangat menakutkan.”

Tambahnya lagi, selepas istiqamah untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, wanita ini tidak lagi alami mimpi buruk namun sebaliknya sering didatangi mimpi berada di depan Kaabah dan melihat manusia sedang tawaf.

Baginya lagi, mimpi tersebut mungkin hadir kerana dia ada keinginan yang tinggi untuk ke Tanah Suci, Makkah. Pun begitu, perubahan gaya hidup sepenuhnya itu telah membuatkan dia diberhentikan kerja.

Screenshot 2024 03 25 125845

“Ujian besar dihadapi sebaik sahaja selepas bertudung dan kami buat apa yang patut sebagai Hamba Allah. Saya diberhentikan kerja, income saya terus RM 0, suami saya juga. Simpanan pun tak bertahan lama. Hidup kami naik turun, ada je ujian dari Allah. Tapi, ujian Allah tu tak mematahkan semangat kami untuk terus berjihad dengan diri sendiri.”

Screenshot 2024 03 25 125937

“Malah kami jadi lebih positif dan letak minset kami untuk ‘enjoy’ saja dengan ujian Allah bagi kerana ada hikmah yang besar atas setiap ujian dari yang Maha Esa.”

Usia perkahwinannya sudah mencecah 5 tahun, dia mengakui kehidupannya bersama keluarga tidak lekang daripada pelbagai ujian. Bagaimanapun, wanita ini tekun dan yakin bahawa akan ada banyak perubahan dalam hidup.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.