in

“Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” – Adi Putra Harap Tiada Pihak ‘Lagakan’ Dua Negara

syaz ft 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi yang melanda industri hiburan Malaysia, membabitkan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah serta wanita Singapura, Sarah Yasmine membuatkan ramai pelakon serta pemain industri yang lebih senior meluahkan pendapat mereka.

Terbaru, Adi Putra yang merupakan pelakon berasal dari Singapura berpendapat perkara itu boleh membuatkan pemain industri dari dua negara ini bertelagah.


Pelakon filem Mat Kilau itu berkata perkara tersebut harus dielakkan ketika ini kerana risau mencetuskan sentimen ‘kasta’ dalam kalangan penggiat seni dari Singapura yang mencari rezeki di negara ini.

1 17

“Kita tak mahu meletakkan sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya semestinya tak mahu mencalarkan imej industri hiburan.

Isu dua negara ini boleh mencetuskan kasta tidak diinginkan. Diharapkan sentimen ini tidak wujud untuk imej negara,” katanya.

Mengambil Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai contoh, Adi Putra berkata seniman agung itu berjaya menyatukan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura menerusi karya-karya seninya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ramai artis yang terpalit dengan kontroversi namun tugas sebagai penggiat seni perlulah bijak menepis segala kontroversi tersebut.

Betul tu!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.