in

[VIDEO] Kongsi Kisah Penghijrahan, Ramai Baru Tahu Amin Idris Seorang Mualaf

Amin Idris Mualaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amin Idris antara figura yang terkenal sebagai personaliti TV dan penceramah motivasi berkaitan hal keagamaan.


Baru-baru ini, Amin Idris mendedahkan bahawa beliau merupakan seorang mualaf pada usia 4 tahun ketika berkongsi kisah penghijrahannya.

Berkongsi kisah pada awal penghijrahan menerusi satu segmen bersama sebuah stesen radio Molek FM, pengacara berusia 42 tahun itu berkata pada awal penghijrahan, dia dan ibunya kurang pengetahuan dalam asas agama Islam.

Artikel berkaitan: “Panggilan ke Mekah bukan jaminan hidayah” – [VIDEO] Amin Idris Beri Respon Isu ‘Statement’ Berani Ifa Raziah

“Saya masuk Islam masa umur empat tahun. Mak pula tak ada asas ilmu agama yang kuat, jadi cara dia didik anak tu pun… dia tak tahu nak ajar macam mana.

“Jadi saya betul-betul ikut kawanlah,” katanya.

@molekfm

Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! 🥹 tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu 😜 #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris

♬ original sound – Molek FM – Molek FM

Menurut Amin, dorongan ibu memintanya masuk ke sekolah agama selepas keputusan UPSR menjadi faktor perubahannya untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

“Saya kena ucap terima kasih kepada mak saya. Bila lepas UPSR, saya dapat tawaran asrama penuh. Memang saya nak masuk tapi mak tak bagi.

“Dia suruh saya masuk sekolah agama. Jadi, saya masuklah ke SMKA Falahiah di Kelantan,” ujarnya yang sebelum ini lahir sebagai seorang Kristian.

“Tak reti ambil wuduk, Zohor 8 rakaat 1 salam”

Mengulas lanjut, Amin menceritakan dia tidak mengetahui cara mengambil wuduk dan pernah diketawakan orang ramai semasa menunaikan solat di masjid.

“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.

“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang Zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,” kongsinya.

Bagaimanapun, Amin meluahkan rasa bersyukur apabila mendapat peluang mempelajari ilmu agama ketika itu yang menjadikannya seperti sekarang ini.

Ramai baru tahu Amin Idris seorang mualaf

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya terkejut apabila mengetahui Amin merupakan seorang mualaf selain mengagumi kisah penghijrahannya sebagai Muslim.

Screenshot 2024 03 21 131740 Screenshot 2024 03 21 131823

Terharu admin dengan kisah penghijrahan beliau!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.