in

“Cantik, Berani & Digeruni” – Kisah Tomoe Gozen, Samurai Wanita Paling ‘Power’ Di Jepun

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kebanyakan samurai Jepun yang digeruni terdiri daripada pejuang lelaki, tapi ada beberapa wanita yang telah menentang norma sosial dan menjadi pahlawan yang bukan sahaja hebat, malah digeruni seperti samurai Tomoe Gozen yang sangat terkenal pada abad ke-12.


Kisah Tomoe Gozen ini memang banyak misterinya, tapi dia dikenali sebagai seorang yang cantik dan digeruni. Apa yang menarik tentang lagenda Tomoe Gozen ini bukan sahaja kerana dia merupakan samurai wanita, tapi dia juga merupakan pahlawan elit yang turut digeruni oleh pahlawan lain tau.

Artikel berkaitan: “Dari pelacur ke pirate” – Kenali Ching Shih, Ketua Lanun Wanita Yang Paling Digeruni Di Dunia

Artikel berkaitan: Wang Zi-Ping: Kenali Salah Seorang ‘Master’ Kung Fu Muslim China Terhebat Dalam Sejarah China

Kehidupan ketika zaman Tomoe Gozen

1429185824995 Bqs4S93Ax0Ihsowi19Di

Kalau korang nak tahu, maksud samurai adalah “menjadi pelindung seseorang” dan pada awalnya ia digunakan untuk menggambarkan tentang kasta pahlawan bangsawan. Samurai mula wujud pada abad ke-8 tapi mereka hanya mendapat kuasa pada abad ke-11.

Mereka telah menjadi pahlawan setia raja feudal yang digelar daimyo di mana mereka sering terlibat dalam perebutan kuasa. Selepas 1600, samurai telah menjadi salah satu kelas sosial dan mendapat hak dan keistimewaan tersendiri termasuk dibenarkan untuk membawa dua pedang.

Kebanyakan samurai adalah lelaki ini kerana, seperti di barat, pada zaman itu wanita Jepun dijangka untuk berkahwin, mempunyai anak dan menjaga rumah tangga mereka sementara lelaki keluar berperang. Tapi perkara ini berkecuali dengan wanita yang berkahwin dengan samurai. Mereka dijangka untuk mempunyai pendidikan yang tinggi, mampu mempertahankan rumah dan keluarga mereka dan ada juga yang membawa pedang kecil yang disembunyikan di dalam lipatan kain.

Malah ada beberapa wanita ketika abad ke-12 sehingga ke-19 yang telah menjadi pahlawan. Malah, sebelum kebangkitan samurai, ada beberapa wanita Jepun yang telah dilatih untuk melindungi rumah dan keluarga mereka dari penceroboh. Mereka dikenali sebagai onna-bugeisha yang bermaksuk “pahlawan wanita”.

Onna-bugeisha boleh menggunakan senjata termasuk kaiken, pisau kecil yang hanya boleh dibawa oleh samurai serta naginata, pedang panjang dan melengkung. Naginata telah menjadi simbol yang berkait rapat dengan onna-bugeisha sebagai senjata pilihan mereka serta satu indikasi menunjukkan yang mereka tergolong dalam kelas pahlawan. Anak-anak perempuan samurai pula akan membawa naginata ke rumah suami yang baru dikahwini sebagai sebahagian dari hantaran mereka.

Lagenda Tomoe Gozen

Tomoe On Horseback And Sword Raised

Walaupun Tomoe Gozen merupakan salah seorang pahlawan wanita yang terkenal, kebanyakan kisahnya adalah berdasarkan lagenda berbanding fakta.

Malah namanya ini mungkin bukan nama sebenarnya kerana di Jepun, ia dianggap sebagai kurang ajar untuk merujuk seorang wanita menggunakan nama sebenar. “Tomoe” merujuk corak pada pelapik bahunya dan “gozen” ialah gelaran Jepun kuno generik yang diberikan kepada wanita terhormat.

Salah satu sumber utama tentang kisah Tomoe adalah dari Heike monogatari, iaitu kompilasi balada, cerita, dan teks yang berbeza digabungkan menjadi satu kisah sejarah epik pada tahun 1240.

Ia menceritakan tentang permusuhan di antara dua keluarga, Taira yang juga dikenali sebagai Heiki dan Minamoto. Tomoe merupakan samurai kepada jeneral Minamoto iaitu Minamoto Kiso Yoshinaka.

Ibunya telah menjadi pengasuh Yoshinaka dan Tomoe pula telah menjadi kakak angkatnya kepada salah satu ketua ketenteraan yang paling dipercayai serta mungkin merupakan isteri atau perempuan simpanannya. Dikatakan, Tomoe sendiri telah memimpin seramai 1,000 askar.

Secara teknikalnya, Tomoe bukanlah seorang onna-bugeisha tapi seorang onna-musha, seorang wanita yang merupakan salah seorang pahlawan di medan perang berbanding hanya melindungi rumah. Tapi dia bukan satu-satunya pahlawan wanita, satu bukti arkeologi mencadangkan bahawa wanita Jepun lebih ramai menjadi askar berbanding apa yang disangkakan sebelum ini.

Menurut Heike mohogatari, Tomoe “mempunyai rambut hitam yang panjang, berkulit cerah dan mukanya sangat manis, dia juga merupakan seorang penunggang yang berani dan tak boleh dikalahkan oleh kuda yang garang mahu pun tanah yang kasar. Dia juga sangat tangkas mengendalikan pedang dan busur sehingga dia dapat bersaing dengan ribuan pahlawan serta sangat sesuai untuk berjumpa dengan tuhan mahu pun syaitan.”

Walaupun ada naginata yang dinamakan sempena namanya, Tomoe dikatakan lebih senang menggunakan katana iaitu pedang panjang dan lurus yang biasa digunakan oleh samurai lelaki untuk menewaskan musuh-musuhnya.

Kehandalan Tomoe Gozen

489Px Tomoe Gozen

Di antara tahun 1180 ke 1185, satu peperangan bernama Perang Genpei telah berlaku melibatkan keluarga Minamoto dan Tiara. Minamoto telah mendapat kemenangan besar ekoran kehandalan Tomoe Gozen.

Di luar medan perang, Tomoe tetap digeruni dan perintahnya dipercayai oleh askar-askar yang dipimpinnya. Kisah tentang kehandalannya telah tersebar di seluruh jepun sehinggakan ketua puak Minamoto telah menamakan Tomoe Gozen sebagai jeneral sebenar pertama Jepun.

Pada tahun 1184, Tomoe telah mengetuai 300 samurai di dalam perang melawan seramai 2,000 pahlawan Tiara dan merupakan salah seorang dari lima pahlawan yang terselamat. Kemudian, ketika Perang Awazu, Tomoe telah menewaskan pahlawan terkuat puak Musashi, Honda no Moroshige dengan memancung kepalanya dan menyimpannya sebagai hadiah.

Menurut salah satu cerita, Tomoe telah bertembung dengan dua jeneral musuh yang terkenal ketika sedang melarikan diri bersama Yoshinaka. Dia telah mengalahkan Hatakeyama dengan sangat dahsyat sehingga lelaki ini membuat keputusan untuk lari dari membiarkan keluarganya malu sekiranya dia dibunuh oleh seorang wanita. Jeneral kedua, Uchida pula telah dipancung.

Legasi Tomoe Gozen

Tomoe Gozen 28Civilian29 Square

Apa yang berlaku ke atas Tomoe selepas peperangan itu tak diketahui dengan tepat. Satu versi mengatakan yang Tomoe telah dapat melarikan diri dari peperangan tersebut dan di usia 28 tahun, dia telah menjadi seorang biarawati Buddha dan akhirnya mati di usia 90 tahun.

Satu lagi versi mengatakan Tomoe telah menyertai misi membalas dendam dan membunuh kesemua musuh Yoshinaka sebelum membawa kepala Yoshinaka supaya tak ada orang dapat mencemarkannya.

Manakala menurut edisi panjang Heiki monogatari, Tomoe Gozen telah ditawan oleh Wada Yoshimori dan dipaksa untuk berkahwin dengannya atau dijadikan sebagai perempuan simpanan.

Walaupun kita tak tahu siapa sebenarnya Tomoe Gozen ni atau apa sebenarnya yang dia lakukan, keberaniannya tetap diingati sehingga sekarang.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.